Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-09 16:47:54    
Syarikat Penerbangan Timur China Tawar Perkhidmatan Pelancongan Transit Percuma

Agensi Berita China
Baru-baru ini, perkhidmatan baru Syarikat Penerbangan Timur China membawa penumpangnya yang transit di Lapangan Terbang Pudong Shanghai melancong Shanghai dengan percuma telah mendapat sambutan yang baik.

Dengan perkhidmatan itu, penumpang transit yang dulu terpaksa menunggu lama di lapangan terbang telah dibebaskan daripada penungguan yang bosan.

Pada beberapa hari yang lalu, 25 orang penumpang penerbangan MU528 dari Okayama, Jepun menuju ke Paris yang bersinggah di Shanghai telah menikmati perkhidmatan itu. Dalam masa transit di Shanghai, mereka telah dibawa oleh pemandu pelancongan melawat ke Xintiandi dan Yuyuan untuk membeli-belah dan menikmati makanan tempatan dan akhirnya kumpulan itu juga sempat melancong ke Waitan untuk menikmati pemandangan malam yang indah sekali di kedua-dua belah Sungai Huangpu.

Pada pukul 9.30 malam hari itu, para penumpang itu yang belum cukup melihat Shanghai telah dihantar balik ke Lapangan Terbang Pudong dengan selamat untuk menyambung perjalanan mereka ke Paris.

Tentu sekali, pembiayaan "pelancongan transit" kali ini semua ditanggung oleh Syarikat Penerbangan Timur China.

Syarat penumpang transit melancong di Shanghai secara percuma yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan Timur China sangat sederhana iaitu jumlah kumpulan penumpang lebih 10 orang dan masa transit di Shanghai lebih lima jam. Kumpulan penumpang yang memenuhi syarat-syarat itu boleh memilih pelbagai pakej pelancongan seperti melancong di dalam bandaraya Shanghai untuk membeli-belah atau mengunjung ke Zhouzhuang, sebuah kampung air di luar Shanghai dan juga destinasi pelancongan yang terkenal di China.

Syarikat Penerbangan Timur China akan membayar kos pelancongan yang paling tinggi sebanyak 200 Yuan Renminbi untuk setiap penumpang transit di Shanghai. Ini telah mencerminkan keazaman syarikat penerbangan itu untuk menyediakan perkhidmatan barunya.

Menurut tokoh berkenaan, Syarikat Penerbangan Timur China menawarkan perkhidmatan pelancongan transit di industri penerbangan awam negara ini akan memanfaatkan peningkatan jumlah penumpang transit dan pembangunan Lapangan Terbang Pudong dan seterusnya menjadikan lapangan terbang itu sebagai pusat penerbangan antarabangsa.

----Puspa