Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-09 18:28:24    
Aktiviti Larian Obor Sukan Olimpik Athens Diadakan di Beijing

CRI
Aktiviti larian obor Sukan Olimpik Athens telah diadakan di Beijing selama lebih 9 jam pada 9 Jun, ini juga kali pertama China mengadakan aktiviti larian obor .

Pada 25 Mac lepas, obor Sukan Olimpik Athens telah dinyalakan di Olimpiad Greece, iaitu tempat asal sukan Olimpik moden. Aktiviti larian obor dimulakan pada 4 Jun lepas, ini juga merupakan kali pertama aktiviti larian obor diadakan di seluruh dunia. Pada subuh 8 Jun lepas, pesawat yang khusus menghantar obor sukan Olimpik Athens telah tiba di Beijing, iaitu bandar tumah rumah sukan Olimpik tahun 2008.

Pada pukul 9 pagi 9 Jun lepas, anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Li Changchun telah menerima obor sukan Olimpik Athens daripada utusan Olimpik Athens di lapangan Dewan Besar Rakyat Beijing China, kemudian beliau menyerahkan obor tersebut kepada anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa China Yu Zaiqing, iaitu pelari pertama dalam aktiviti larian obor. Yu Zaiqing bersama-sama 147 wakil lain dari pelbagai kalangan masyarakat membawa obor berlari sepanjang 55.6 kilometer, konvoi yang terdiri daripad 23 buah kereta dan 11 buah motosikar mengawal obor yang berbentuk daun olive.

Semasa aktiviti larian obor diadakan di Sydney, Melbourne, Tokyo dan Seoul, pihak penganjur telah memilih jalan larian yang boleh mencerminkan pemandangan yang istimewa di bandar tersebut. Beijing juga secara bersungguh-sungguh mengadakan persiapan agar seluruh dunia mengetahui keyakinan Beijing untuk menjayakan sukan Olimpik tahun 2008. Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Encik Jiang Xiaoyu menyatakan, "Kami kali ini memilih jalan larian yang boleh menunjukkan pemandangan di Beijing sebagai bandaraya yang bersejarah dan maju."

148 orang peserta larian obor akan membawa obor berlari melalui 5 distrik di Beijing, destinasi yang penting dalam perjalanan larian obor termasuk lapangan Tiananmen, iaitu lapangan yang terluas di dunia, Temple of Heaven yang disenarai dalam warisan budaya dunia, kawasan perdagangan Beijing yang mempunyai banyak pejabat perusahaan dari 500 perusahaan yang paling hebat di dunia, tempat binaan projek stadium utama sukan Olimpik Beijing tahun 2008, kawasan Zhongguancun yang digelar sebagai Lembah Silikon China dan Universiti Qinghuai dan Universiti Peking, iaitu universiti yang paling terkenal di China. Destinasi terakhir larian tersebut di Istana Musim Panas, iaitu taman diraja yang sangat indah. Pegawai dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Athens telah menyanjung tinggi rancangan Beijing tersebut dan berpendapat, jalan tersebut boleh menunjukkan pemandangan yang indah dan kemajuan Beijing kepada seluruh dunia.

Aktiviti larian obor sukan Olimpik Athens telah menarik perhatian penduduk Beijing. Mereka menunggu di tepi jalan untuk menyambut kedatangan obor, terdapat ramai penduduk bertepuk tangan atau berlari mengikuti obor. 148 peserta larian obor termasuk bekas johan dunia terjun air Tian Liang, bintang sukan bola keranjang Yao Ming, penyanyi yang sangat terkenal Liu Huan dan wakil penduduk. Teladan pekerja yang baik Liu Suli juga telah menyertai larian obor tersebut, beliau berkata, "Sebagai peserta larian obor kali ini, saya berpendapat, aktiviti tersebut boleh menunjukkan hasrat yang baik rakyat dan seluruh masyarakat akan lebih bersatu padu."

Atlet jimnastik Sang Lan juga menyertai aktiviti larian obor kali ini. Beliau pernah cedera parah dalam pertandingan dan sudah henti sukan olaraganya. Dengan perhatian masyarakat, beliau sekarang sedang belajar di universiti. Sebagai utusan imej sukan Olimpik Beijing tahun 2008, beliau menumpang kerusi roda untuk menyertai aktiviti larian obor. Beliau menyatakan, "Saya sangat menghargai peluang kali ini, saya berharap boleh memberi sumbangan untuk pengembangan sukan Olimpik."

Aktiviti larian obor sudah seperti pesta kepada penduduk Beijing, penduduk Beijing telah mengadakan aktiviti yang bermacam-macam untuk menyambut obor sukan Olimpik.

Di Lapangan Tiananmen, penduduk telah memukul gendang pinggang, murid-murid menyulam bendera Sukan Olimpik, di Wangfujing, iaitu kawasan membeli-belah yang paling terkenal di Beijing, seramai lebih 300 penduduk mempersembahkan seni mempertahankan diri Taiji, di Temple of Heaven, penduduk menyambut kedatangan obor dengan cara memain bulu tangkis. Di universiti Tsinghua dan Peking, mahasiswa dan mahasiswi menari untuk menyambut kedatangan obor. Di Istana Musim Panas, iaitu destinasi larian obor kali ini diadakan malam gembira yang sangat meriah diadakan untuk merayakan kedatangan obor sukan Olimpik Athens ke Beijing.

Cik Sun yang pernah menyertai aktiviti larian obor sukan Olimpik Salt Lake 2002 menyatakan, "Ini kali pertama penduduk China menyaksikan obor sukan Olimpik, aktiviti kali ini akan memberi kenangan manis yang mendalam kepada rakyat China."

Pada 10 Jun, obor sukan Olimpik Athens akan dihantar ke Delhi India.