|
 Menurut berita CRI: Naib Menteri Perhutanan China Zhao Xuemin hari ini di Beijing memaklumkan, berdasarkan kajian, panda liar di China berjumlah lebih 1590 ekor pada masa ini, meningkat hampir 500 ekor berbanding tahun 1980-an.

Menurut beliau, melalui usaha beberapa tahun yang lalu, kebanyakan panda liar dan tempat pembiakan binatang itu telah dilindungi dengan berkesan. Selain itu, melalui kajian sains, masalah pembiakan dan pemeliharaan panda oleh pusat pembiakan panda berjaya diselesaikan sehingga jumlah panda meningkat dengan banyak. Sekarang panda yang dipelihara di pusat seumpama itu berjumlah 161 ekor.
|