 Naib Pengarah Urusan Kumpulan Best Buy Encik Weimin Lu kini sibuk menguruskan kumpulannya meneroka pasaran di China. Pada tahun yang lalu, Kumpulan Best Buy telah menubuhkan Pusat Pembelian sejagat di Shanghai dan bersedia untuk mengadakan jualan runcit di China. Ketika diwawancara oleh wartawan kami, beliau berkeyakinan terhadap usaha Kumpulan Best Buy mengembangkan perniagaan di pasaran China.
Encik Weimin Lu, lahir di China dan lulus dari Universiti China, kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Disebabkan beliau anak kelahiran China, Encik Weimin Lu dilantik menjadi naib pengarah urusan Kumpulan Best Buy Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas urusan Asia dan China. Beliau gembira dapat bekerja di China. Beliau berkata bahawa saya lahir di China dan kembali ke tanah air 2 tahun yang lalu. Saya kagum terhadap kemajuan China, saya mempunyai impian untuk memajukan China. Saya berhasrat untuk memberikan sumbangan bagi meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara kumpulan kami dengan syarikat jualan runcik China.
Kumpulan Best Buy Amerika Syarikat merupakan syarikat rangkaian jualan runcit yang terkenal menjual alat elektrik, barang keluaran elektronik , komputer, VCD, DVD dan lainnya.
Encik Wemin Lu berkata, pada masa lalu, Kumpulan Best Buy membeli barangan dari kawasan Asia melalui orang tengah. tetapi cara ini tidak menguntungkan syarikat. Kini Kumpulan Best Buy mulai membeli secara langsung dari kawasan Asia. Pada bulan Jun tahun lalu, Kumpulan Best Buy memutuskan untuk menubuhkan pusat pembelian sejagat di Shanghai China.
Perusahaan China seperti SVA, Kumpulan Haire dan Kumpulan Hisense, asalnya merupakan syarikat jualan tidak langsung bagi Kumpulan Best Buy, tetapi setelah Pusat Pembelian Sejagat ditubuhkan di Shanghai, perusahaan tersebut telah menjadi syarikat jualan langsung bagi Kumpulan Best Buy. Adanya kerjasama dengan perusahaan China yang terkenal itu, Encik Weimin Lu berpendapat, potensi perkembangan syarikat alat elektrik China amat besar. Beliau berkata bahawa banyak syarikat alat elektrik China sudah mengetahui norma dan undang-undang eksport, mereka secara langsung mengadakan perniagaan dengan kumpulan pembelian antarabangsa dan mempunyai potensi yang besar.

Ada pakar menjangka, pada tahun 2008, jika jumlah barangan yang dibeli oleh Kumpulan Best Buy dari China secara langsung ditingkatkan kepada 15%, perolehan keuntungannya akan meningkat 1%. Encik Weimin Lu berpendapat, China juga mempunyai ruang yang luas dalam bidang penjualan alat elektrik. Beliau berkata bahawa alat elektrik China harganya murah dan mutunya baik. Perusahaan terus meningkat mutunya dan menambah pelbagai fungsi, bentuk alat elektrik juga dapat dibaharui dari masa ke semasa.
Encik Weimin Lu menyatakan, di samping meningkatkan usaha pembelian barngan dari China, Kumpulan Best Buy juga bercadang memperluaskan perniagaan membuka kedai jualan runcik di China. Mereka meminta pasaran jualan runcit China. Encik Weimin Lu telah berbincang dengan rakan kerjasama di China. Kumpulan Best Buy memiliki lebih 600 buah rangkaian pasar raya di Amerika Syarikat, Kanada serta negara dan kawasan yang lain. Kumpulan mereka akan memasuki pasaran China tidak lama lagi.
Dimaklumkan, di pasaran alat elektrik China, Syarikat jualan runcit alat elektrik di dalam negara China seperti Gome dan Suning sudah lama membuka kedai jualan runcit di kebanyakan bandar di dalam negara. Malakah Syarikat jualan runcit transnasional seperti Wal Mart, Metro dan Carrefour juga telah memasuki pasaran alat elektrik di China. Oleh itu, Kumpulan Best Buy akan menghadapi saingan. Namun, Encik Weimin Lu berkata, mereka akan berusaha mengurangkan risiko dengan meningkatkan kerjasama dengan syarikat China. Beliau berkata bahawa kumpulan kami telah memaklumkan maklumat pasaran dan pelanggan kepada syarikat China. Syarikat China akan menghasilkan barang keluaran yang lebih baik dan bermutu dengan cara ini boleh mengurangkan risiko.
|