Forum Peringkat Tinggi Pentadbiran Kerajaan China-Eropah kali pertama diadalakan di Beijing dari 9 hingga 11 Jun. Seminar itu bertemakan pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam.
Pakar berkenaan menunjukkan bahawa seminar itu sebagai sebahagian rancangan kerjasama antara China dan Eropah akan merapatkan hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua pihak.
Sejak China menjalankan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, ekonomi negara ini berkembang besar dan sistem ekonomi pasaran sosialis juga ditetapkan pada dasarnya. Dalam proses itu, kerajaan China juga sedang beralih kepada kerajaan berkhdimat untuk rakyat.
Ahli Dewan Negara China Hua Jianmin berkata, menyediakan perkhidmatan awam merupakan salah satu fungsi utama kerajaan moden. Seiring dengan perkembangan ekonomi, peningkatan taraf kehidupan rakyat dan pertumbuhan permintaan orang awam, bagaimana mendorong pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam telah menjadi masalah yang dihadapi bersama oleh kerajaan pelbagai negara dan juga merupakan misi penting lagi mendesak bagi kerajaan China. Kerajaan China sangat mementingkan pembaharuan terhadap sitem pentadbiran.
Beliau menyatakan, pada beberapa tahun ini, walaupun kerajaan China telah mencapai banyak kemajuan dalam usaha itu, tetapi kalau dibandingkan dengan keadaan negara-negara maju di Eropah, kerajaan negara ini masih mempunyai banyak kekurangan untuk membangunkan China menjadi masyarakat kaya.
Ketua Penasihat Dasar Pejabat Perdana Menteri Britain, encik Geoff Mulgan menyatakan bahawa Forum Peringkat Tinggi Pentadbiran Kerajaan China-Eropah adalah langkah yang penting untuk mendorong hubungan kedua-dua pihak.
Beliau berkata, meskipun China dan Jerman, Perancis, Britain serta negara-negara lain mempunyai perbezaan yang besar, tetapi kami juga menghadapi pelbagai masalah masyarakat yang sangat mirip dalam sektor kesihatan awam, pendidikan, warga tua dan pengangguran. Oleh sebab itu, kita ada banyak pengalaman boleh saling membelajari dan mustahil pihak mana pun dapat menyelesaikan semua masalah itu.
Tambah Geoff Mulgan, kerajaan China mengutamakan usaha menyelesaikan masalah masyarakat di samping mengembangkan ekonomi. China mewariskan kaedah pentadbiran kerajaan yang paling lama di dunia. Pengalaman dan ilmu pengetahuan China tentang mentadbirkan negara mungkin lebih banyak daripada negara lain. Dalam jangka 20 hingga 30 tahun yang akan datang, prospek pembaharuan China terhadap dasar awam dan perkhidmatan awam adalah sangat cerah.
----Puspa
|