Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-11 14:59:42    
China Laksanakan Pembiakan Binatang Sebagai Sumber Haiwan Liar

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China pada 10 Jun bahawa pegawai Jabatan Pentadbiran Perhutanan China memaklumkan, China akan giat membiakkan binatang sebagai sumber haiwan liar.

Encik Zhao Xuemin, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara China berkata, berdasarkan penyelidikan yang dilaksanakan oleh China terhadap sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar pada pertengahan tahun 1990an, China telah mencapai kejayaan besar dalam bidang perlindungan sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Untuk mempercepat langkah perlindungan haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar, China melaksanakan "Projek Perlindungan Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan Liar serta Pembangunan Zon Perlindungan Alam Kebangsaan".

Sebagai salah sebuah dari 6 projek utama perhutanan yang dilaksanakan di china, "Projek Perlindungan Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan Liar serta Pembangunan Zon Perlindungan Alam Kebangsaan" menetapkan matlamat jangka dekat iaitu sebelum athun 2010, melaksanakan projek penyelamatan sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mengutamakan 15 kategori iaitu panda, burung sekendi, harimau, monyet emas, buaya Yangtzer, gajah Asia, ungka, kesturi, rusa, bangau, kuang bayas, pokok rumbia dan lain-lain; membina zon perlindungan alam sebanyak 1,800 buah iaitu menduduki 16.14% keluasan wilayah China, agar dapat menjadikan 90% tempat pembiakan utama haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar serta 90% kategori sistem ekologi tipikal diperlindungi secara berkesan.

China akan mengambil tindakan di sisi undang-undang, pentadbiran dan ekonomi untuk meningkatkan pengurusan terhadap usaha perlindungan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, meningkatkan peringkat perlindungan dan menetapkan tanah lembap.

Serentak itu, China juga akan meningkatkan pembiakan binatang untuk menyelamatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hampir pupus, dan dengan baik menjalankan penyimpanan gen mereka.

China juga akan meningkatkan pengawalan dan penyeliaan terhadap sumber untuk mencegah penyalahgunaan terhadap sumber itu.

----AZMI