Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-14 14:42:10    
Perdagangan Elektronik Perusahaan Penerbitan China Berkembang Maju

Agensi Berita Xinhua China
Ketika ramai orang memilih buku dan berbarisan membayar, orang lain telah memilih dan membeli buku menerusi internet.

Semasa Pesta Buku China ke-14 yang diadakan baru-baru ini, lebih 160 ribu bahan terbitan telah dipamerkan. Pesta itu menarik perhatian syarikat penerbitan, penulis dan pembaca di dalam dan luar negara. Antara perusahaan yang menyertai pesta kali ini, perniagaan penerokaan buku kedai dalam internet, urus niaga buku dalam internet dan perisian pengurusan pelbagai jenis buku merupakan perniagaan yang baru.

Kalangan pegawai penerbitan yang menyertai pesta kali ini berpendapat, seiring dengan perkembangan penerbitan China dan peningkatan taraf teknologi maklumat, perdagangan elektronik telah digunakan dalam perusahaan penerbitan China.

CEO "Laman Web Dangdang"--- kedai buku dalam internet yang paling besar di China Encik Li Guoqing memberitahu wartawan, "matlamat kami ialah mendapatkan jumlah penjualan mencapai beberapa bilion Yuan RMB pada 4 tahun yang akan dating yang menduduki 10% kuota jumlah penjualan terbitan audio, video dan buku."

Menurut beliau, sejak ia ditubuhkan pada bulan November tahun 1999, jumlah penjualan buku menerusi "Laman Web Dangdang" meningkat berkali ganda setiap tahun, jumlah penjualan melebihi 100 juta Yuan RMB pada tahun lalu, menduduki 40% jumlah penjualan bahan terbitan menerusi internet China. Keseluruhan barangan jualannya, jumlah buku menduduki 60%, yang lain merupakan barangan audio dan vedio serta perisian komputer. Jumlah pelanggan yang membeli barangan menerusi "Laman Web Dangdang" mencatat kira-kira empat hingga lima juta orang.

Akan tetapi, lebih 500 syarikat penerbitan, beribu perusahaan pengedaran bahan terbitan utama dan berpuluh ribu perdagangan penjualan tetap berurus niaga dengan cara tradisional di China. Namun cara urus niaga bahan terbitan tradisional menghadapi banyak masalah, melibatkan kos yang amat tinggi, terutama melancarkan buku baru, pengumuman maklumat lambat, jumlah simpanan buku banyak, menghadapi kesukaran untuk menjual bahan terbitan yang lama, yang sudah tida relevan dengan permintaan penerbitan pada zaman maklumat kini.

Berdasarkan maklumat, jumlah nilai bahan terbitan mencatat kira-kira 100 bilion Yuan RMB setiap tahun di China, jumlah urus niaga mencatat kira-kira 70 bilion Yuan RMB. Perdagangan elektronik dilaksanakan, bermafaat bagi perkembangan perusahaan penerbitan. Akan tetapi, pelaksanaan perdagangan elektronik menghadapi sekatan di China kerana cara pembayaran, sistem pengedaran, standard maklumat bahan terbitan kurang sempurna.

Pengarah Bahagian Kerjasama Institusi Perisian Universiti Zhongshan Encik Lin Xuan berpendapat, pada tahun kebelakangan ini, kerjasama telah dilaksanakan antara syarikat penerbitan dan pengedaran dengan syarikat perisian untuk melaksanakan perdagangan elektronik. Akan tetapi, rancangan harus ditetapkan dengan sempurna dalam pelbagai syarikat untuk mewujudkan perdagangan elektronik dilaksanakan secara menyeluruh di China.

Pembaharuan sedang dilaksanakan dalam perusahaan penerbitan China, modal asing dibenarkan masuk ke dalam pasaran buku, majalah dan surat khabar China. Manakala, prospek yang cerah dalam bidang penjualan harga runcit menerusi internet telah menarik perhatian para pelabur di luar negara.

----Ching