Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-14 14:31:51    
Sains dan Teknologi akan Digunakan di Rumah Penduduk Awam

CRI
Piano bermain secara automatik, peti sejuk boleh dikawal oleh pengguna yang berada dari jarak jauh, pertunjukan sains dan teknologi dipamerkan di Pusat Pameran Beijing baru-baru ini. Walaupun turun hujan pada hari pertama, pameran itu menarik seramai lebih dua ribu penduduk awam Beijing untuk melawat. Pada masa ini, orang China semakin menyedari bahawa sains dan teknologi semakin banyak digunakan dalam kehidupan seharian.

Untuk menerangkan pengetahuan sains, memperkenalkan sains dan teknologi, meningkatkan kualiti sains penduduk awam, badan kerajaan China mengadakan aktiviti Minggu Sains setiap tahun. Pada Minggu Sains tahun ini, orang ramai lebih menumpukan perhatian terhadap sains dan teknologi digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam satu pertunjukan sains yang bertema "Rumah Penduduk Awam Mewujudkan Masyarakat kaya", orang ramai boleh menyaksikan, papan piano biasa boleh memain secara automatik apabila papan itu dihubungkan dengan satu mesin dan perisian dimasukkan dalam mesin itu. Jika seseorang pengguna bekerja di tempat lain untuk sementara waktu, dia boleh mengoperasikan peti sejuk dan ketuhar glombang mikro di dapur rumahnya dengan komputer yang disambung dengan internet dan lain-lain. Kesemua ini mengagumi para pelawat, khususnya kalangan remaja. Seorang murid Sekolah Rendah Cuiwei Beijing, He Zhenyu amat gembira setelah melawat pameran itu. Beliau berkata,

"Saya paling berminat akan peti tandas yang tutupnya boleh terbuka secara automatik apabila saya mendekatinya. Ia dikawal oleh komputer, prosedur pembersihan dilaksanakan secara automatik, jumlah air peti tandas itu akan ditetapkan berdasarkan kegunaan, bau wangi juga boleh dikeluarkan secara automatik. Saya berharap keluarga saya akan memiliki satu peti tandas seumpama itu."

Dalam tempoh 15 tahun yang akan datang, rakyat China akan berusaha untuk mewujudkan matlamat ke arah masyrakat kaya. Konsep perkembangan sains yang mengutamakan kepentingan rakyat, menyeluruh, selaras dan secara berterusan harus dipertahankan untuk mewujudkan matlamat itu. Ahli Dewan Negara China Chen Zhili menyatakan, melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti sains dan teknologi di kalangan penduduk awam, keghairahan inovasi akan dirancakkan di seluruh masyarakat agar inovasi tersebut mendorong pembangunan masyarakat kaya di China. Beliau berkata,

"Pada masa depan, kerajaan China akan menjadikan inovasi sains dan teknologi sebagai pendorong pembangunan masyarakat, mewujudkan industriliasasi baru, membentuk modal pertumbuhan ekonomi yang banyak menggunakan sains dan teknologi, kesan ekonomi yang baik, penggunaan tenaga yang kurang banyak dan menjimatkan sumber tenaga manusia."

Mahasiswi Universiti Wuhan China Chang Bao mencadangkan badan kerajaan China harus meningkatkan penerangan sains dan teknologi. Beliau berkata,

"Pelbagai aktiviti dilaksanakan di universiti kami, akan tetapi jumlah aktiviti sains dan teknologi kurang banyak. Sekarang sains dan teknologi banyak digunakan dalam kehidupan seharian kami. Sehubungan dengan itu, penerangan sains dan teknologi harus dipertingkatkan."

----Ching