Menurut Agensi Berita Xinhua: Kotak ujian pemeriksaan antigen virus SARS disahkan dipasarkan di China baru-baru ini. Ini merupakan barang keluaran ujian pemeriksaan antigen sampel darah virus SARS pertama di dunia.
Berdasarkan maklumat dari Jabatan Penyeliaan dan Pengurusan Bahan Makanan dan Ubat-ubatan China, Kotak ujian pemeriksaan antigen virus SARS dapat memeriksa virus SARS dari satu hingga sepuluh hari dari darah. Kotak itu bercirikan sensasi tinggi, stabil, dapat dipercayai dan kos rendah, bermanfaat bagi mengenal pasti SARS pada masa awal dan sesuai digunakan di badan peringkat asas.
|