|

Wartawan CRI melaporkan bahawa Encik Jiang Lei, Naib Pengarah Tetap Persatuan Industri Kenderaan China semalam di Beijing menyatakan, Persatuan Industri Kenderaan China akan menumpu perhatian besar terhadap ketiga-tiga ekspo kenderaan antarabangsa Beijing, Shanghai dan Guangzhou agar mereka dapat menjadi ekspo jenama yang terkenal di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, disebabkan kini industri kenderaan China telah berkembang maju, hendaklah giat mendorong perkembangan kebudayaan kenderaan, dan ekspo kenderaan merupakan salah sebuah cara yang paling baik.



|