Wartawan CRI melaporkan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, industri perisian komputer China berkembang dengan pesat. Tokoh berkenaan Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan telekom China menjangka baru-baru ini bahawa pada tahun 2004, jumlah penjualan industri perisian komputer China akan mencapai sebanyak 210 bilion yuan RMB iaitu meningkat hampir 30% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Tokoh berkenaan berkata, pasaran perisian komputer komersial elektronik akan terus berkembang di China tahun ini, perisian komputer akan semakin digunakan dalam industri lain dan eksport produk perisian komputer juga akan meningkat dengan pesat.
|