Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Kawalan Industri Perbankan China, Liu Mingkang baru-baru ini menyatakan, dasar kawalan makro ekonomi yang dijalankan sebelum itu sudah mencapai kejayaan. Seiring dengan pelaksanaannya secara berterusan selangkah demi selangkah, matlamat kawalan makro ekonomi serta "pendaratan secara beransur" ekonomi dapat diwujudkan.
Perkembangan ekonomi China yang terlalu pesat dan cepat telah menimbulkan masalah terhadap pelaburan aset tetap pada masa kebelakangan ini. Namun masalah itu sedang diselesaikan secara beransur-ansur selepas tindakan kawalan makro ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan pusat.
|