Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China bahawa semenjak bulan Januari hingga Mei tahun ini, kerajaan China telah memberi pengesahan pendaftaran lebih 17 ribu perusahaan pelaburan asing yang baru di China, menggunakan pelaburan asing sebanyak 25 bilion 900 juta Dolar Amerika, meningkat 11.34% berbanding masa yang sama pada tahun lalu.
Setakat penghujung bulan Mei tahun ini, kerajaan China telah memberi pengesahan pendaftaran kepada lebih 480 ribu perusahaan pelaburan asing, menggunakan pelaburan asing sebanyak lebih 520 bilion Dolar Amerika.
|