Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-14 10:32:36    
China Akan Perluas Pembukaan Sektor Minyak dan Gas Asli kepada Pelabur Luar

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China Encik Zhang Guobao semalam menyatakan bahawa kerajaan China akan memperluas pembukaan industri minyak dan gas asli kepada pelabur luar dan menarik pelaburan asing untuk melaksanakan usaha carigali sumber tenaga tersebut.

Demikian dinyatakan oleh beliau dalam majlis perasmian "Forum Minyak dan Gas Asli China-A.S. ke-5" yang diadakan di Shanghai. Beliau berkata, selaras dengan perkembanga ekonomi China yang pesat, industri sumber tenaga China sedang menghadapi cabaran dan peluang yang baru.