Baru-baru ini, Encik Zhang Jinlai yang juga dikenali sebagai "Liuxiaolingtong" telah mengunjungi Bandar Taiyuan, Provinsi Shanxi, China untuk mempromosikan jualan buku barunya yang berjudul "Cerita Raja Monyet". Beliau juga telah menandatangani buku-buku yang dibeli oleh orang ramai.
Tahun 2004 merupakan tahun monyet di China. Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 mulai memilih mascot untuk Sukan tersebut tahun ini. Encik Liuxiaolingtong amat suka Raja Monyet. Untuk menjadikan seluruh dunia mengetahui Raja Monyet China, beliau memutuskan menerbitkan bukunya yang berjudul "Cerita Raja Monyet" agar mendapat sokongan orang ramai supaya Raja Monyet dipilih sebagai maskot Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Kunjungan ke Bandar Taiyuan juga merupakan salah satu usaha penting yang dilakukan oleh Encik Liuxiaolingtong untuk mengumpul 10 ribu tandatanganan orang ramai agar Raja Monyet dipilih sebagai mascot Sukan Olimpik tersebut.
Buku "Cerita Raja Monyet" menceritakan pengalaman Encik Liuxiaolingtong selama 17 tahun lalu semasa berlakon dalam filem "Catatan Perjalanan ke Barat" yang diadaptasi daripada novel klasik berunsur mitos yang terkenal di China yang mengesahkan seorang sami dan tiga orang pengiringnya berjaya mengatasi pelbagai kesukaran dalam perjalanan ke India untuk mendapatkan kitab agama Buddha. Dalam buku tersebut dicatatkan banyak cerita yang mengharukan yang berkaitan dengan kasih sayang anggota keluarga, persahabatan dan penghormatan terhadap guru.
Raja Monyet Sun Wukong merupakan watak yang paling disuka oleh Encik Liuxiaolingtong. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berjaya melakonkan pelbagai watak dalam drama TV dan filem, misalnya, berlakon sebagai guru sekolah menengah dalam filem "Perayaan Tahun Baru China"; pegawai polis dalam filem "Mengejar 309"; seorang usahawan dalam filem "Legenda Pejuangan", dan juga sebagai mendiang Perdana Menteri China Zhou Enlai. Antara watak-watak yang dilakonkannya itu, watak sebagai guru sekolah menengah dalam filem "Perayaan Tahun Baru China" pernah dicalonkan menerima Hadiah Baihua Filem China. Tetapi Encik Liuxiaolingtong berpendapat bahawa semua peranan tersebut gagal mengatasi watak Raja Monyet Sun Wukong yang pernah dilakonkannya.
Di China, watak Raja Monyet Sun Wukong yang dilakonkan oleh Encik Liu Xiaolingtong sudah diakui oleh rakyat biasa sebagai lakonan beliau yang terbaik. Beliau menyeru pihak berkuasa agar menggubal undang-undang secepat mungkin untuk melindungi hak intelektual Novel Klasik Terkenal China.
Drama TV "Catatan Perjalanan ke Barat" telah mencapai kadar tontonan yang tertinggi setelah disiarkan dalam tempoh yang panjang pada masa lalu kerana filem itu mendapat sambutan para penonton tempatan dan luar negara.
Selepas perayaan Tahun Baru China 2004, media massa di Bandar Shanghai melaporkan Encik Liuxiaolingtong bersedia memilih penggantinya. Peserta yang mendaftar nama untuk memohon melakonkan watak itu berjumlah lebih 50 ribu orang. Ini mencerminkan Encik Liuxiaolingtong amat diminati oleh para penonton.
Tahun 2004 merupakan ulang tahun ke-500 kelahiran Wu Chengen, penulis "Catatan Perjalanan ke Barat". Encik Liuxiaolingtong bersedia menfilemkan sebuah drama TV yang berjudul "Bapa Raja Monyet" yang menceritakan kisah hidup Wu Chengeu. Dalam drama TV itu, Encik Liuxiaolingtong akan berlakon 2 watak iaitu Wu Chengen dan Raja Monyet Sun Wukong, manakala watak bapa Wu Chengen akan dilakonkan oleh bapa Encik Liuxiaolingtong.
Rakyat China sangat meminati watak Raja Monyet Sun Wukong yang peranannya dilakonkan oleh Encik Liuxiaolingtong. Ramai penonton dan peminat berpendapat nama Encik Liuxiaolingtong dengan Raja Monyet Sun Wukong sudah sinonim.
----AZMI
|