Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Pengarah Biro Kawalan Wang Asing Negara China, Hu Xiaolian baru-baru ini menyatakan bahawa China akan terus menyempurnakan pasaran wang asing.
Pada tahun 1994, China telah mewujudkan sistem penetapan nilai mata wang berdasarkan permintaan dan pengawalan.
Menurut Hu Xiaolian, pasaran wang asing China masih belum sempurna. Sehubungan itu, kerajaan China akan mengambil tindakan untuk mendorong proses pertukaran Yuan Renminbi bagi mengatasi masalah itu.
|