Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-15 12:35:52    
Kepelbagaian Pelaburan Tibet Dorong Ekonomi Tibet

CRI
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pelaburan aset tetap Tibet meningkat dengan skop yang besar setiap tahun, semenjak strategi Pembangunan Barat dilaksanakan oleh kerajaan China. Kepelbagaian pelaburan yang terdiri daripada pelaburan kerajaan pusat khasnya dan kalangan rakyat amnya mendorong ekonomi Tibet berkembang pesat.

Dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Autonomi Tibet, Li Guoyong bahawa, pada tahun lalu, jumlah pelaburan aset tetap Tibet mencapai 13 bilion 862 juta Yuan Renminbi, meningkat 27.2% berbanding tahun 2002. Antaranya pelaburan langsung kerajaan pusat mencatat 11 bilion 100 juta Yuan Renminbi, meningkat 22% berbanding 2002, di samping itu pelaburan kalangan rakyat mencapai 1 bilion 129 Yuan Renminbi, meningkat 1.1 kali ganda berbanding tahun 2002.