  
(Naib Gabenor Provinsi Fujian Ye Shuangyu, Naib Menteri Perdagangan Ma Xiuhong dan Datuk Bandar Xiamen Zhang Changping dalam sidang akhbar Dewan Negara China tentang Ekspo Pelaburan China ke-8)
Naib Menteri Perdagangan China Puan Ma Xiuhong hari ini di Beijing menyatakan bahawa dalam lima bulan yang pertama tahun ini, jumlah modal asing yang diterima oleh China meningkat dan struktur penggunaan modal asing menjadi lebih rasional.
Di samping itu, beliau menegaskan bahawa dasar Tanah Besar China yang mendorong pedagang Taiwan melabur di Tanah Besar China tidak berubah.
Statistik yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan China baru-baru ini menunjukkan bahawa jumlah modal asing yang diterima oleh China mencatat 26 bilion dolar Amerika bermula bulan Januari sehingga bulan Mei. Angka ini meningkat lebih 11% berbanding masa lalu dalam tempoh yang sama.
Setakat akhir bulan Mei tahun ini, China telah mengesahkan 480 ribu buah perusahaan asing ditubuhkan di China. Jumlah modal asing yang diterimanya mencatat 520 bilion dolar Amerika.
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini, Naib Menteri Perdagangan China Puan Ma Xiuhong memperkenalkan bahawa kadar peningkatan modal asing yang ditarik oleh China adalah sederhana berbanding situasi pelaburan sedunia.
Puan Ma Xiuhong menambah, ketika menarik modal asing secara sederhana, struktur pengambilan modal asing di China menjadi lebih sasional dan kualiti pengambilan modal asing ditingkatkan. Ini boleh diperlihatkan dalam lima bulan yang pertama tahun ini, jika perusahaan yang pengeluarannya dengan mengambil modal asing maka penggunaan modal asing akan meningkat dalam bidang perdagangan perkhidmatan. Dalam aspek pengambilan modal asing untuk industri pembuatan, modal asing lebih banyak telah dipakai dalam industri teknologi tinggi. Berdasarkan kawasan, kawasan timur China masih merupakan kawasan utama yang menggunakan modal asing, sedangkan peningkatan pengambilan modal asing di kawasan barat lebih cepat daripada kawasan timur.
Menurut statistik, setakat ini, perusahaan yang dilabur oleh pedagang Taiwan di Tanah Besar China telah melebihi 60 ribu dengan jumlah modalnya mencatat kira-kira 38 bilion dolar Amerika.
|