China Pengeluar dan Pengeksport Terbesar Bahan Ubat-ubatan Dunia
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, China telah menjadi negara kedua terbesar di dunia mengeluarkan bahan ubat-ubatan, jumlahnya mencapai 800 ribu tan setahun. Di samping itu, China juga menjadi negara pengeksport terbesar bahan ubat-ubatan. China telah mengeksport bahan ubat-ubatan yang bernilai 3.7 bilion dolar Amerika pada tahun 2003.
Demikian dimaklumkan kepada wartawan oleh penganjur Pameran Bahan Ubat-Ubatan dunia 2004 yang diadakan di Shanghai semalam.
|
|