Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-16 16:12:05    
Kumpulan Kewangan Swasta Pertama China Mula Beroperasi

CRI
Menurut berita CRI, Kumpulan Kewangan Zhongrui iaitu kumpulan kewangan swasta pertama di China mula beroperasi di bandar Wenzhou, provinsi Zhenjiang, China hari ini. Pegawai kumpulan kewangan tersebut menyatakan bahawa mereka akan mengumpul dana di kalangan rakyat untuk melaksanakan projek pembangunan utama di China.

Kumpulan kewangan tersebut terdiri daripada 9 syarikat swasta tempatan terkenal di bandar Wenzhou. Modal kumpulan kewangan tersebut ialah 55 juta Yuan RMB. Selain itu, kumpulan itu boleh mengumpulkan modal sebanyak 10 bilion Yuan RMB sekarang.

Pegawai tersebut mendedahkan bahawa Kumpulan Kewangan Zhongrui telah melabur dalam projek elektrik, haidro dan pemuliharaan alam sekitar utama di provinsi Zhejiang, China.