Agensi Berita Xinhua China --- Walaupun hasil pertanian musim panas ini meningkat 3%, angka ini bukan rekod tertinggi dalam sejarah China. Tokoh profesional sektor pertanian berpendapat, tuaian makmur hasil pertanian musim panas tahun ini bermakna besar bagi ekonomi China. Sektor bahan makanan dan pertanian bukan sahaja dimanfaatkan oleh dasar kawalan makro ekonomi China, tetapi juga telah menyediakan asas yang kukuh untuk mencapai sasaran mengawal makro ekonomi di China.
Sejak enam bulan kedua tahun lepas, kerajaan China di samping mengawal pertumbuhan pelaburan yang terlalu cepat dalam beberapa sektor juga telah menguatkan sokongan terhadap beberapa sektor yang kurang maju seperti lalu lintas dan sumber tenaga, terutamanya sektor pertanian.
Data-data badan berwibawa China menunjukkan, setakat awal bulan Mei, subsidi langsung kepada 12 provinsi pengeluar bahan makanan utama yang diperuntukkan oleh badan kewangan pusat dan kerajaan tempatan telah mencapai 8 bilion Yuan Renminbi.
Menurut stasistik terbaru Kementerian Pertanian China, seiring dengan bermulanya penuaian gandum, hasil pertanian yang makmur sudah boleh dipastikan. Menurut anggaran, jumlah pengeluaran bahan makanan musim ini akan meningkat 1.25 bilion KG.
Selian itu, pada suku pertama tahun ini, pendapatan tunai petani China telah meningkat 9.2%. Angka itu telah mencatatkan rekod tertinggi berbanding dengan tempoh yang sama sejak 8 tahun yang lalu.
Di samping itu, bebanan cukai petani China juga telah menurun sebanyak 36.3%.
Tuaian makmur hasil pertanian musim panas tahun ini telah sedikit sebanyak mengatasi krisis keselamatan bahan makanan China.
Semasa harga bahan makanan dinaikkan pada tahun lepas, pakar pernah melahirkan kebimbangan bahawa kalau pengeluaran bahan makanan China tahun ini masih tidak cukup, China berkemungkinan besar akan terjerumus dalam krisis keselamatan bahan makanan dalam jangka dua tiga tahun.
Bagi China yang berpenduduk 1.3 bilion, bahan makanan dianggap sebagai bahan strategik yang paling penting. Tetapi, sejak penghujung 1990-an, keluaran bahan makanan China menurun berturut-turut lima tahun dan hingga tahun 2003, jumlah pengeluaran bahan makanan negara ini telah menjunam kepada 431 juta tan.
Ahli ekonomi berpendapat, tuaian makmur hasil pertanian akan menstabilkan harga barangan. Menurut jangkaan pusat maklumat negara China, disebabkan unsur-unsur seperti dasar menyokong pertanian dan peluasan tanah tanaman, jumlah pengeluaran bahan makanan tahun ini akan bertambah. Kalau jangkaan itu tidak silap unsur kenaikan harga bahan makanan akan berkurangan, maka harga penggunaan penduduk China dalam enam bulan kedua tahun ini akan menurun.
|