Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-18 16:40:09    
Industri Pameran China Berkembang Besar-besaran

CRI
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Majlis Galakan Perdagangan Antarabangsa China Wan Jifei hari ini berkata industri pameran yang berkembang secara besar-besaran telah menjadi industri yang bernilai di China.

Pameran secara besar-besaran berpusatkan Beijing, Shanghai dan Guangzhou, di samping itu, talian industri pameran secara besar-besaran telah ditubuhkan pada permulaan di Kawasan yang Mengelilingi Laut Bohai, Delta Sungai Yangtze dan Delta Sungai Zhujiang.

Dengan pelaksanaan penerokaan di bahagian barat China, talian industri pameran secara besar-besaran barat daya China sedang ditubuhkan dengan disertai Chengdu, Kunming dan Nanning. Boleh dikatakan, industri pameran sedang berkembang secara besar-besaran.

Dalam Sidang Kerja Kebangsaan Pameran Ekonomi dan Perdagangan ke Luar Negara Tahun 2004, Wan Jifei menunjukkan bahawa aktiviti pameran secara besar-besaran memainkan peranan yang penting dalam aspek mendorong perkembangan industri yang berkenaan, memperluas peluang kerja di bandar dan mendorong pembangunan perdagangan dalam dan luar negara.

Beliau berkata, dengan penyempurnaan sistem ekonomi pasaran sosiolisme China, sistem pasaran China yang bersatu, terbuka dan teratur telah dibentuk. Ini akan mendatangkan situasi dan jaminan sistem yang lebih bermanfaat untuk perkembangan industri pameran secara besar-besaran di China.

Peningkatan GDP secara berterusan, penyusunan semula struktur industri dan perkembangan industri ke-3 secara menyeluruh akan memberi sokongan dan kemudahan asas untuk perkembangan industri pameran secara besar-besaran di China.

Globalisasi ekonomi dunia, perkembangan serantau dan pintu terbuka akan mendorong industri pameran secara besar-besaran berkembang ke satu era yang baru. Boleh dijangka bahawa China akan menjadi negara besar yang mempunyai industri pameran secara besar-besaran di arena dunia.