Menurut berita CRI, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Dewan Negara China Li Weiyi hari ini di Beijing menyatakan bahawa dasar Tanah Besar China tentang pertukaran ekonomi dan perdagangan kedua-dua pantai selat Taiwan tidak berubah.
Li Weiyi berkata, pertukaran dan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pantai selat Taiwan selaras dengan kepentingan saudara senegara kedua-dua pantai.
Beliau menegaskan sekali lagi bahawa pihak Tanah Besar China akan terus menggalakkan saudara senegara Taiwan melabur di Tanah Besar China dan memberi bantuan dan perkhidmatan kepada mereka serta menjamin hak dan kepentingan mereka yang sah. Beliau menyatakan Tanah Besar China tidak mengalu-alukan segelintir saudagar yang melakukan kegiatan pemisahan di Taiwan di samping mendapat keuntungan di Tanah Besar China.
|