Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao di Beijing semalam menyatakan bahawa kerajaan China mengambil tindakan kawalan makro dengan tegas untuk mengatasi masalah dalam pertumbuhan ekonomi dan mencapai kejayaan yang nyata.Tindakan itu mengekalkan terus pertumbuhan ekonomi yang mantap dan cepat.
Demikian dinyatakan oleh Wen Jiabao ketika menemui Profesor Robert.E.Lucas Universiti Chicago Amerika Syarikat dan Profesor James Mirrless Universiti Cambridge Britain, pemenang Hadiah Ekonomi Nobel.
|