Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Koordinasi Ekonomi ke-19 kawasan barat daya China akan diadakan di Lhasa pada bulan Jun. Dalam sidang tersebut pelbagai pihak akan berunding untuk menubuhkan zon ekonomi istimewa kawasan barat daya China.
Dimaklumkan bahawa, pelbagai provinsi, bandar dan wilayah autonomi di barat daya akan memasukkan penubuhan zon ekonomi yang istimewa dalam cadangan pembangunan dan akan menggubal rancangan khas untuk mengembangkan sumber alam, industri, hasil tempatan kawasan barat daya yang istimewa dan melaporkannya kepada badan negara yang berkaitan.
Pakar berpendapat bahawa zon ekonomi khas di kawasan barat daya China yang beristimewa akan mendorong perkembangan ekonomi di sana dan berkemungkingan memberi sumbangan penting terhadap pertumbuhan ekonomi China.
|