Sebelum Persidangan Persahabatan Perantau Cina Hainan Sedunia ke-8 diadakan, wartawan CRI telah mengadakan wawancara di Bandar Wenchang, kampung halaman perantau Cina yang terkenal di Provinsi Hainan, China. Kami menyaksikan pembangunan bandar tersebut dilaksanakan dengan pesat, masyarakatnya ramah tamah, suasana pendidikannya baik dan banyak cerita tentang perantau Cina yang berasal dari Wenchang melabur di kampung halaman mereka.
Terdapat seramai hampir 800 perantau Cina dan saudara setanah air dari Hong Kong, Makau dan Taiwan yang berasal dari Wenchang yang tinggal di pelbagai tempat di seluruh dunia telah mendaftar nama untuk menghadiri persidangan tersebut.
Datuk Bandar Wenchang, Encik Chen Zhongwen bersungguh-sungguh menyediakan persiapan persidangan tersebut yang akan dirasmikan di Bandar Wenchang. Beliau berkata, "Wenchang mempunyai ramai perantau Cina, saudara setanah air dari Hong Kong, Makau dan Taiwan berjumlah 1.2 juta orang, dan disebut sebagai kampung halaman perantau Cina yang sebenarnya".
Ketika memperkatakan pelbagai tahap pembangunan Bandar Wenchang, Encik Chen Zhongwen memaklumkan bahawa para perantau Cina yang berasal dari Wenchang mempunyai rasa sayang yang mendalam terhadap kampung halaman mereka dan telah banyak menyumbang dalam pelbagai pembangunan sosioekonomi.
Berdasarkan statistik Bahagian Hal Ehwal Perantau Cina Bandar Wenchang, sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, perantau Cina dan saudara setanah air dari Hong Kong, Makau dan Taiwan yang berasal dari Wenchang telah menderma 200 juta yuan RMB kepada badan pendidikan dan perubatan di Wenchang, matlamatnya adalah untuk membuka sekolah dan hospital, membina jalan dan membina kampung ekologi dan lain-lain. Datuk Bandar Wenchang Encik Chen Zhongwen menyatakan, untuk merakamkan terima kasih dan menghargai sumbangan besar yang diberikan oleh mereka, semasa Persidangan Persahabatan Perantau Cina Hainan Sedunia ke-8 diadakan, kerajaan Bandar Wenchang akan menyatakan penghargaan kepada lebih 200 orang perantau Cina, saudara setanah air dari Hong Kong, Makau dan Taiwan dan menganugerahkan mereka sebagai "Penyumbang Kemajuan Kampung Halaman Kelapa".
Kerajaan Bandar Wenchang menumpukan perhatian besar terhadap perlindungan hak dan kepentingan para perantau Cina. Pada masa ini, kerajaan Wenchang telah mengembalikan rumah kepada seramai 4,077 perantau Cina, dan keluasan rumah yang sudah dikembalikan tersebut berjumlah 450 ribu meter persegi. Serentak itu, kerajaan Wenchang berjanji akan berusaha menyelesaikan masalah rumah perantau Cina yang sudah lama ditinggalkan .
Encik Chen Zhongwen berpendapat, antara semua sebutan Bandar Wenchang seperti "Kampung Halaman Kebudayaan", "Kampung Halaman Perantau Cina", "Kampung Halaman Kelapa"; "Kampung Halaman Bola Tampar", dan "Kampung Halaman Jeneral", rakyat tempatan Wenchang paling bangga sewaktu bandar mereka disebut sebagai "Kampung Halaman Kebudayaan".
Di Wenchang, sekolah pasti merupakan bangunan yang paling bagus dan paling baru . Pada tahun 2003, kerajaan Wenchang memperuntukkan 130 juta yuan RMB untuk membina bangunan sekolah menengah bawah Sekolah Menengah Wenchang, Balai Sains Sekolah Menengah Huaqiao dan Balai Sains Sekolah Menengah Wenbei. Ketiga-tiga bangunan itu sudah selesai dibina.
----AZMI
|