Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-21 14:48:17    
Badan Peguam China Tingkatkan Kawalan Jenayah Cabuli Hak Asasi Manusia

CRI
Jabatan Peguam Negara China telah melaksanakan aktiviti khas di seluruh negara mulai bulan Mei lalu untuk memeriksa dan menangani kes jenayah mencabuli hak asasi manusia yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dengan menyalahgunakan kuasanya. Tindakan ini bermanfaat bagi melaksanakan dasar menghormati dan menjamin hak asasi manusia yang ditetapkan dalam perlembagaan, melindungi hak dan kepentingan yang sah penduduk awam.

Dalam majlis taklimat yang diadakan baru-baru ini, Naib Peguam Negara China Encik Wang Zhenchuan memperkenalkan tujuan aktiviti khas kali ini. Beliau berkata,

"Kami melaksanakan aktiviti khas itu bertujuan untuk mengurangkan dan mencegah berlakunya jenayah mencabuli hak asasi manusia, melaksanakan dengan baik dasar menghormati dan menjamin hak asasi manusia yang ditetapkan dalam perlembagaan, melindungi hak dan kepentingan yang sah penduduk awam."

Badan peguam sebagai badan penyeliaan perundangan negara memikul tanggungjawab penting untuk melindungi hak asasi manusia. Berdasarkan ketetapan undang-undang jenayah China, kes jenayah yang menjejaskan nyawa dan harta benda rakyat serta hak demokratik warganegara yang dilakukan oleh pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasanya akan diuruskan oleh jabatan peguam.

Dalam tempoh beberapa tahun lalu, jabatan peguam China pelbagai peringkat telah dapat mengawal dan mencegah di sisi undang-undang jenayah mencabuli hak asasi manusia yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dengan menyalahgunakan kuasanya dan dapat memainkan peranan positif untuk mendorong perkembangan usaha hak asasi manusia China. Menurut maklumat, pada tahun 2001 hingga 2003, jabatan peguam China telah menguruskan lebih 4000 kes jenayah yang mencabuli nyawa dan hak demokratik warganegara seperti mendapat maklumat dengan kekerasan, menahan dan memeriksa tanpa waran serta menganggu pemilihan pemimpin, memeriksa dan menangani sejumlah besar kes jenayah yang menjejaskan nyawa dan harta benda rakyat yang dilakukan oleh pegawai kerajaan.

Naib Peguam Negara China Encik Wang Zhenchuan menyatakan,

"Dalam aktiviti khas kali ini, kes yang dilakukan oleh pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasanya dan menjejaskan serius nyawa dan harta benda rakyat, menahan dan memeriksa tanpa waran, mendapat maklumat secara kekerasan dan lain-lain akan disiasat dan ditangani dengan baik serta diberikan keutaman."

Dalam tempoh aktiviti khas yang dilaksanakan selama satu tahun itu, jabatan peguam pelbagai tempat di China akan memperluas lingkungan kes yang ditangani, melonggarkan standard pengurusan kes; meningkatkan kesedaran penduduk awam terhadap perlembagaan dan perlindungan hak rakyat China di sisi undang-undang; berusaha membentuk mekanisme gabungan penyeliaan perundangan dengan perlaksanaan undang-undang dalam pentadbiran; memeriksa dan menangani dengan bersungguh-sungguh kes jenayah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Naib Peguam Negara China Encik Wang Zhenchuan menyatakan,

"Kami bukan sahaja akan memeriksa dan menangani jenayah yang mencabuli hak asasi manusia yang dilakukan oleh pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasa, tetapi juga harus memelihara dan menyokong pegawai kerajaan melaksanakan peraturan di sisi undang-undang, melaksanakan dengan adil dan memelihara prosedur ekonomi pasaran sosialisme."

----Ching