Di China terdapat kira-kira 4 juta pesakit katarak pada masa sekarang. Angka itu menduduki 1/5 jumlah pesakit katarak di dunia dan terdapat 400 ribu orang pesakit katarak bertambah setiap tahun. Di samping kerajaan China mengambil tindakan untuk membantu pesakit tersebut memulihkan daya penglihatan mereka, beberapa pertubuhan antarabangsa juga memberi bantuan kepada mereka. Sejak 7 tahun yang lalu, projek yang bertema "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan Pesakit Katarak di China" telah dilaksanakan bersama oleh kerajaan China dan Kelab Lions—pertubuhan awam antarabangsa yang terkenal. Setakat ini, projek itu berjaya memulihkan daya penglihatan lebih dua juta pesakit katarak.
Encik Zhang Tong berusia lebih 70 tahun. Beliau merupakan pesakit katarak di Kaunti Dingxi di Provinsi Gansu bahagian barat laut China. Sejak 3 tahun yang lalu, projek "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan di China" dilaksanakan di kampungnya, beliau telah menerima rawatan percuma dan daya penglihatannya sudah pulih. Sekarang beliau hidup bahagia. Beliau berkata,
"Daya penglihatan saya kurang jelas sebelum pembedahan dilaksanakan. Saya berasa tidak gembira kerana tidak dapat membaca surat khabar atau majalah. Sejak kumpulan perubatan projek "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan di China" melakukan pembedahan terhadap mata saya, daya penglihatan saya berjaya dipulihkan. Ini memudahkan kehidupan saya."
Projek "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan di China" telah dilaksanakan diberi keutamaan di kawasan mundur China dan kawasan yang jumlah pesakit ramai. Projek peringkat pertama dimulakan pada tahun 1997, Kelab Lions telah memperuntukkan sumbangan sebanyak 15 juta Dolar Amerika. Badan berkaitan memilih doktor penyakit mata yang berpengalaman dan membentuk kumpulan perubatan untuk melaksanakan pembedahan di hospital di pelbagai tempat di China. Dalam tempoh 5 tahun, pembedahan telah berjaya dilaksanakan untuk memulihkan daya penglihatan seramai 2.1 juta pesakit katarak.
Pada tahun 2002, projek "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan di China" peringkat kedua telah dimulakan. Pegawai Kelab Lions Encik Tan Ronggen menyatakan,
"Projek "Tindakan Pemulihan Daya Penglihatan di China" akan dilaksanakan di China serentak dengan usaha mencegah dan merawat penyakit mata agar projek itu dilaksanakan dalam jangka masa panjang dan berkesan."
Terdapat ramai pesakit katarak di Wilayah Autonomi Etnik Tibet China kerana kawasan itu terletak di dataran tinggi. Naib Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Tibet Encik Wu Yingjie menyatakan, kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Tibet akan bekerjasama dengan aktif melaksanakan projek itu. Beliau berkata,
"Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Tibet akan menyediakan 200 Yuan RMB kepada setiap pesakit katarak yang menjalani pembedahan menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada mereka. Menurut jangkaan, kami akan memperuntukkan 2 hingga 3 juta Yuan RMB dalam tempoh 5 tahun untuk menjamin projek itu dapat dilaksanakan dengan berjayanya."
Pakar Bahagian Pencegahan Buta Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyanjung tinggi projek itu dan berkata,
"Projek itu amat penting dan telah mencapai kejayaan. Projek itu memberi sumbangan yang besar, menyediakan perkhidmatan pemulihan mata, melatih pegawai dan menyempurnakan kemudahan infrastruktur pemulihan mata."
----Ching
|