Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-21 11:15:40    
Arroyo Menang Pilihan Raya Presiden Filipina

CRI
Menurut berita CRI, Jawatankuasa Pengiraan Undi Bersama Kongres Filipina semalam mengumumkan bahawa keputusan kiraan undi pilihan raya kebangsaan negara itu menunjukkan, Gloria Macapagal-Arroyo selaku Presiden pada masa ini telah menduduki tempat pertama dalam kiraan undi dan akan diisytiharkan sebagai presiden lagi.

Penganalisis berpendapat, kemenangan Arroyo akan bermanfaat bagi mendorong kestabilan masyarakat dan pembangunan ekonomi Filipina secara berterusan.

Pilihan raya kebangsaan Filipina diadakan pada 10 Mei. Setelah proses kiraan undi yang berlarutan selama lebih satu bulan, Jawatankuasa Pengiraan Undi Bersama Kongres negara itu menyelesaikan kerja pengiraan undi pada 20 Jun ini.

Gloria Macapagal-Arroyo memperoleh lebih 12.9 juta undi dan mengatasi pencabar utamanya, Fernando Poe dengan kelebihan 1.12 juta undi. Dalam pada itu, regu Arroyo, Senat De Castro turut mendahului lain-lain calon bagi merebut jawatan Naib Presiden dengan menguasai majoriti undi.

Menurut undang-undang Filipina, Jawatankuasa Pengiraan Undi Bersama Kongres negara itu akan menyerahkan laporan statistik undi kepada Kongres dan keputusan rasmi pemenang pilihan raya akan diumumkan oleh Kongres Filipina.

Penganalisis berpendapat, kemenangan Arroyo disebabkan oleh pendidikannya yang baik dan pengalaman politiknya yang luas.

Arroyo yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi merupakan seorang ahli ekonomi. Beliau pernah mengemukakan banyak usul undang-undang yang bagus semasa berkhidmat dalam kerajaan. Semasa memerintah sebagai presiden negara itu, beliau di samping berusaha untuk mengembangkan ekonomi dan membasmi kemiskinan, beliau bertindak keras untuk membanteras pelbagai kegiatan jenayah termasuk penculikan. Dengan usaha itu, keadaan keselamatan dalam negeri Filipina telah beransur-ansur pulih dan ekonomi negara itu juga berkembang ke arah yang sihat. Oleh sebab itu, Arroyo dipilih semula sebagai presiden Filipina akan membantu mengekalkan keadaan negara itu yang baik pada masa ini.

Selain itu, kemenangan Arroyo juga akan menjamin keterusan dasar kerajaan untuk meyakinkan para pelabur.

Pendapat umum menunjukkan, Arroyo tentu akan menghadapi cabaran dan masalah dalam penggal perkhidmatan barunya. Seumpamanya, sejak 15 Disember 2003 Filipina memasuki tempoh pilihan raya hingga sekarang, di seluruh negara itu terdapat lebih 100 orang mati dan ratusan orang tercedera dalam kejadian keganasan yang berkaitan pilihan raya. Ini mencerminkan situasi keselamatan Filipina masih tidak optimis. Selain itu, bagaimana menangani perselisihan kerajaan dengan parti pembangkang dan membanteras kumpulan bersenjata antikerajaan secara berkesan juga akan menjadi tugas utama Arroyo dalam penggal perkhidmatan barunya sebagai presiden Filipina.