Menurut laporan CRI, Jawatankuasa Pengiraan Undi Bersama Kongres Filipina semalam menyelesaikan kerja pengiraan undi dalam pilihan raya kebangsaan.
Keputusan kiraan undi tersebut menunjukkan bahawa jumlah undi yang diperolehi oleh Presiden Arroyo menduduki tempat pertama dalam pilihan raya kebangsaan. Oleh itu, beliau sekali lagi memegang jawatan presiden.
Arroyo lahir di Provinsi Pangasinan, Filipina pada 5hb April 1947. Ayah beliau merupakan bekas presiden Filipina yang terkenal, Diosdado Macapagal. Arroyo pernah belajar di beberapa buah universiti dalam dan luar negara.
Pada tahun 1968, Arroyo belajar di Universiti Georgetown, Washington dan menjadi rakan sekelas dengan bekas presiden AS Bill Clinton. Selepas pulang ke Filipina, beliau terus belajar di Universiti Manila dan mempunyai Ijazah Sarjana Ekonomi. Kemudian, beliau mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi selepas tamat pengajian di Universiti Filipina.
Selepas itu, Arroyo mengajar di universiti. Dalam pada itu, beliau juga menulis artikal untuk beberapa majalah dan menjadi juruacara program TV.
Sejak pertengahan tahun 1980-an, Arroyo memulakan kerjaya politik beliau. Pada Februari 1986, Arroyo menjadi anggota kabinet bekas Presiden Filipina, Puan Acchino dan beliau dilantik sebagai Naib Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Sejak tahun 1988 hingga tahun 1990, beliau mengetuai Biro Eksport Pakaian Tekstil Filipina. Pada tahun 1992, Arroyo dipilih sebagai calon senator Parti Demokratik Filipina dan akhirnya dipilih menjadi senator dengan sebanyak 16 juta undi. Jumlah undi beliau menduduki tempat pertama antara 12 orang senator.
Pada tahun 1988, Arroyo dipilih sebagai Timbalan Presiden Filipina merangkap Menteri Kebajikan dan Pembangunan Sosial dengan sebanyak 13 juta undi. Pada Januari 2001, ketika Presiden Joseph Estrada meletakkan jawatan kerana rasuah, Arroyo dipilih sebagai Presiden Filipina Ke-14.
|