Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-21 14:04:37    
Undang-undang dan Peratuaran Tempatan Tibet Menjamin dengan Berkesan Hak dan Kepentingan yang Istimewa Tibet

Agensi Berita Xinhua China
Pada hampir 40 tahun yang lalu, Wilayah Autonomik Etnik Tibet telah menggubal 220 buah undang-undang dan peraturan tempatan menurut keadaan sebenar. Ia telah memberi jaminan undang-undang yang penting bagi melindungi hak dan kepentingan yang Istimewa rakyat Tibet dan mendorong perkembangan pelbagai usaha Tibet.

Pengerusi Suruhanjaya Perundangan Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Tibet, Ba Sang Luobu berkata, sejak Wilayah Autonomi Etnik Tibet ditubuhkan pada tahun 1965, Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Tibet dan jawatankuasa tetapnya telah menggubal 220 buah undang-undang dan peraturan, kandungannya melibatkan politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, antaranya termasuk Keputusan tentang Wilayah Autonomi Etnik Tibet Mempelajari, Menggunakan dan Mengembangkan Bahasa Tibet, Peraturan tentang Melindungi Artifak Tibet dan lain-lain.

Ba Sang Luobu berkata, "mengikut peraturan dalam Undang-undang Wilayah Autonomi Etnik yang dilaksanakan pada tahun 1984, lebih 10 buah keputusan, ketetapan dan arahan yang tidak sesuai dilaksanakan di Tibet, selepas dikemukakan kepada kerajaan peringkat atas, Tibet telah mengubah atau menghentikan pelaksanaan peraturan berkenaan.

Beliau memberi contoh sebagai berkata, selain daripada cuti yang dilaksanakan di seluruh China, Tibet menyenaraikan "Tahun Baru Tibet" dan "Pesta Xuedun" dalam hari cuti Wilayah Autonomi Etnik Tibet, pelbagai tempat di Tibet menurut adat resam dan aktiviti agama sendiri juga telah menetapkan hari cuti sendiri. Sekarang cuti di Tibet setiap tahun telah melebihi 10 hari daripada cuti di seluruh negara. Selain itu, menurut isu geografi yang istimewa, Tibet menetapkan masa kerja seminggu setiap pekerja ialah 35 jam yang kurang 5 jam daripada masa kerja yang ditetapkan oleh negara.

Selain itu, menurut persetujuan kerajaan pusat, Tibet telah menggubal peraturan tambahan menurut keadaan sebenar tempatan. Ini telah melindungi hak dan kepentingan yang istimewa rakyat Tibet.