Menurut berita CRI, Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China memaklumkan, sehingga hujung Mei lalu, jumlah pengguna telefon mudah alih China telah melebihi 300 juta.
Seiring dengan perkembangan ekonomi China, permintaan telefon mudah alih telah meningkat. Pada Oktober tahun 2003, jumlah pengguna telefon bimbit sudah melebihi jumlah pengguna telefon tetap. Sekarang, jumlah pengguna telefon tetap mencapai 290 juta.
|