Seiring dengan perubahan situasi perdagangan sedunia, industri tekstil Indonesia yang pernah dilanda krisis kewangan Asia sekarang menghadapi cabaran dan peluang.
Pada tempoh pertengahan pada tahun 1990-an, Indonesia pernah menjadi salah sebuah daripada 7 buah negara pengeluar barang tenunan terbesar di dunia. Industri tekstil tetap merupakan sumber pendapatan dari luar yang terbesar bagi negara itu.Jumlah eksport barang tenunan Indonesia pada tahun 2000 mencatat 8.26 bilion dolar Amerika. Manakala jumlah itu menurun kepada 6.76 bilion dolar Amerika pada tahun 2002. Atas usaha bersama kerajaan dan usahawan, jumlah ekspot barangan tenunan Indonesia mulai meningkat kepada 7.3 bilion dolar Amerika, meningkat 12% berbanding tahun lalu. Kerajaan Indonesia juga menetapkan matlamat bahawa mencapai taraf pengeksportan barangan tenunan bernilai 8 bilion dolar Amerika pada tahun 2004.
Industri tekstil Indonesia menghadapi dua faktor yang negatif, pertama, 90% sumber kapas yang diperlukan oleh industri tekstil negara itu perlu diimport dari luar negara, ini akan meningkatkan kos pengeluaran barang tenunan dan menjadikan industri tekstil Indonesia dipengaruhi oleh keadaan bekalan sumber kapas dari luar negara. Kedua, 45% barang pengeluaran tenunan Indonesia yang akan dieksport amat bergantung kepada pasaran di luar negara.
Selain itu, industri tekstil Indonsia juga menghadapi cabaran dari perusahaan teksil yang bersfisien tinggi di Vietnam dan India. Kekurangan pekerja yang terlatih serta modal untuk menggantikan kelengkapan lama merupakan perkara yang membimbangkan bagi Persatuan Tekstil Indonesia.
Nanum industri tekstil Indonesia juga menghadapi peluang perkembangan yang baru. Barangan tekstil Indonesia termasuk dieksport ke negara-negara maju di Eropah tetap A.S. dan Jepun selaku rakan perdagangan terbesar bagi Indonesia mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, pasaran yang semakin diperluas di kedua-dua negara itu akan menyediakan peluangan yang baik
|