Menteri Luar China dan 10 negara anggota ASEAN telah mengadakan sidang tidak rasmi di Qingdao semalam. Sidang itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China, Li Zhaoxing dan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja Hor Nam Hong. Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong telah menghadiri sidang itu.
Para Menteri Luar telah bertukar-tukar pendapat tentang masalah antarabangsa dan rantau. Kedua-dua pihak bersetuju ASEAN dan wakil tetap China di PBB mengadakan rundingan pada waktu tetap. Kedua-dua pihak telah merundingkan situasi Iraq sekarang, menganggap PBB harus memainkan peranan utama dalam pembangunan semula Iraq pascaperang. ASEAN telah memuji peranan yang aktif dan penting yang dimainkan oleh China dalam mendorong rundingan 6 pihak masalah nuklear Semananjung Korea.
Para menteri luar bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama rantau Asia, terutamanya isu kerjasama Asia Timur. Kedua-dua pihak bersetuju mewujudkan Kesatuan Asia Timur dan menyokong untuk mengadakan sidang kemuncak Asia Timur pada masa yang sesuai. Pihak China menegaskan lagi untuk menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama Asia Timur.
Para menteri luar berpendapat dengan kata sepakat bahawa rancangan dua hala, subrantau dan rantau yang sedang dilaksanakan merupakan kompenen untuk mendorong kerjasama pelbagai hala di seluruh rantau Asia.
Para menteri luar bersetuju menggubal Rancangan Tindakan Memangkin Hubungan Rakan Strategi China-ASEAN. Rancangan tindakan itu akan diluluskan dalam sidang kemuncak China-ASEAN yang akan diadakan di Laos pada November tahun ini. Para menteri luar juga bersetuju menggubal rangka bagi kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang pertanian, teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan tenaga manusia, penerokaan sungai Mekong dan saling melabur, perusahaan sederhana dan kecil, kesihatan awam, sains dan teknologi.
Para menteri luar percaya, penubuhan zon perdagangan bebas China-ASEAN bersesuaian dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak.
China menegaskan lagi menyokong proses integrasi ASEAN, termasuk menubuhkan kesatuan ASEAN dan anjuran integrasi ASEAN. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa harus meningkatkan kerjasama dalam bidang penerokaan sungai Mekong, kawasan timur ASEAN, pembangunan barat China dan pembangunan semula Timur Laut China untuk mendorong pembangunan bersama.
Para menteri luar berpuas hati terhadap kemajuan besar perkembangan hubungan China-ASEAN, kedua-dua pihak bersetuju terus menjalankan mekanisma yang sedia ada untuk meningkatkan persefahaman dan pandangan yang sama, ini amat berfaedah bagi meningkatkan hubungan rakan strategi China-ASEAN.
|