Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, Ketua Ekskutif GM, Wagner hari ini di Shanghai mengumumkan bahawa ibu pejabat GM di rantau Asia-Pasifak akan dipindahkan dari Singapura ke Shanghai, selain itu, Perusahaan Pengeluar Kereta GM akan bersama Perusahaan Pengeluar Kereta Shanghai memperuntukkan 2.1 bilion Yuan Renminbi untuk membina Pusat Teknologi Kereta Asia.
Pada dua minggu yang lalu, perusahaan kereta transnasional yang paling besar di dunia mengumumkan akan bersama rakan kerjasamanya di China, Perusahaan Pengeluar Kereta Shanghai terus memperuntukkan 3 billion dolar Amerika untuk meningkatkan urusannya di China. Wagner menyatakan bahawa sejumlah keputusan penting tentang urusan GM di China yang dibuat dalam jangka sebulan telah menunjukkan pasaran China semakin penting bagi Perusahaan GM untuk memperluas urusan di Asia-Pasifik, bahkan di seluruh dunia.
Menurut Wagner, 85% urusan Perusahaan GM di Asia-Pasifik tertumpu di China, Korea Selatan dan Jepun. Ibu pejabat GM Asia-Pasifik dipindahkan ke Shanghai berfaedah untuk mereka bekerjasama lebih erat dengan rakan kerjasama strateginya di rantau Asia-Pasifik.
Dimaklumkan, Pusat Teknologi Kerata Pan-Asia akan mendapatkan peruntukan sebanyak 2.1 bilion Yuan Renminbi dalam jangka 3, 4 tahun akan datang untuk membina lapangan ujian kereta di peringkat antarabangsa yang terbesar di China serta menubuhkan pelbagai kemudahan yang kemudahan antaranya fasiliti penerokaan dengan teknologi digital yang boleh memendekkan dengan banyak tempoh penerokaan produk.
Selain itu, Pusat Teknologi Kereta Asia akan giat melatih tenaga profesional pereka bentuk dan pengkajian kereta supaya jumlah tenaga pereka bentuk meningkat kepada 900 orang pada tahun 2005 daripada 67 orang pada masa ini.
Dimaklumkan bahawa pemindahan ibu pejabat GM Asia-Pasifik ke Shanghai sudah dimulakan dan akan diselesaikan pada bulan Januari tahun depan. Di samping itu, cabangan Perusahaan GM di Singapura akan meneruskan urusan penjualan dan perkhidmatan kereta di negara itu.
|