Wartawan CRI melaporkan, menurut pihak media Indonesia hari ini bahawa Indonesia dan Timor Leste akan menandatangani perjanjian sempadan pada 30 Jun akan datang.
Laporan tersebut memetik kenyataan Duta Besar Timor Leste di Indonesia yang menyatakan, Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Timor Leste, Jose Ramos Horta dan Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirayuda akan menandatangani perjanjian tersebut di Jakarta.
Pegawai tersebut menambah, pegawai kanan Timor Leste dan Indonesia telah mengadakan pertemuan di Bogor, Indonesia pada 22 hingga 23 Jun dan telah mencapai kata sepakat tentang kebanyakan kandungan perjanjian sempadan itu.
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia semalam berkata, masalah sempadan merupakan masalah sejarah antara Indonesia dengan Timor Leste. Lantaran itu, perjanjian tersebut bererti penting bagi masa depan hubungan Indonesia-Timor Lesta.
|