Menurut berita CRI, Menteri Perdagangan China Bo Xilai semasa menemui rakan sejawatnya Setiausaha Perdagangan A.S. Don Evans hari ini di Beijing menyatakan bahawa China berharap A.S. melonggarkan eksport teknologi tinggi ke China.
Dimaklumkan bahawa, dalam rundingan tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan tentang kedudukan China dalam pasaran ekonomi, persengketaan perdagangan China dengan A.S. dan bagaimana China meningkatkan usaha perlindungan hak harta intelek dan lain-lain.
|