Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-24 18:10:29    
Kerjasama Yunnan-Laos Mempunyai Masa Depan yang Cerah

CRI
Dengan harapan dan hasrat yang tinggi tentang penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, Naib Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh telah sudi diwawancara oleh wartawan Akhbar "Harian Yunnan" baru-baru ini.

Semasa ditanya apakah dasar keutamaan yang ditetapkan oleh kerajaan Laos untuk menarik usahawan asing melabur di Laos, Bouasone Bouphavanh menjelaskan, sejak tahun 1986, kerajaan Laos telah menggubal dasar untuk menarik pelabur asing, pada tahun 1998, kerajaan Laos telah melaksanakan "Undang-undang Penggalakkan Pelaburan Asing" dan "Undang-undang Pentadbiran Pelabur Asing", menetapkan dasar keutamaan untuk menarik pelaburan asing di sisi undang-undang.

Beliau menyatakan, kami mengalu-alukan usahawan asing melabur di Laos dalam sektor pertanian, perhutanan, industri pemprosesan, penerokaan hidroelektrik, industri galian, bahan binaan, pelancongan, perdagangan dan lain-lain. Untuk secara berkesan menarik pelaburan asing, "Undang-undang Pentadbiran Pelaburan" Laos telah menetapkan dasar pengurangan cukai, keuntungan yang diperolehi oleh usahawan asing yang melabur dalam sektor bahan mentah import dan pembinaan projek di Laos boleh pengkurangan cukai.

Bouasone Bouphavanh menyatakan, Provinsi Yunnan China bersempadan dengan Laos, kerajaan Laos bersedia menyediakan kemudahan kepada perusahaan yang bersedia melabur di Laos, termasuk melengkapkan keperluan pelabur dan prosedur pelaburan. Untuk secara berkesan mendorong kerjasama antara Provinsi Yunnan China dengan Laos, baru-baru ini, kami sudah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan "Kumpulan Penyelarasan Kerja Yunnan China-Laos" untuk menetapkan pedoman rancangan kerjasama jangka waktu pendek dan sederhana dan pelaksanaan tindakan kerjasama yang berkaitan. Beliau berpendapat, mekanisme tersebut akan mendorong kerjasama antara bahagian utara dan Provinsi Yunnan China.

Semasa menyentuh tentang keunggulan Laos untuk menarik pelabur asing, Bouasone Bouphavanh berpendapat, sektor pemprosesan hasil pertanian, penerokaan galian, penjanaan tenaga hidroelektrik, pelancongan dan perdagangan di Laos mempunyai keunggulan, mudah-mudahan para pelabur boleh mendapat keuntungan yang memuaskan dalam sektor-sektor tersebut.

Semasa menceritakan tentang kerajaan Laos berharap Yunnan memainkan peranan apa dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN? Bouasone Bouphavanh menyatakan, sebagai jambatan yang menghubungkan China dan pelbagai negara anggota ASEAN, Provinsi Yunnan selain mempunyai keunggulan sendiri, juga mendapat sokongan dasar daripada kerajaan pusat China.

Bouasone Bouphavanh dengan penuh keyakinan berkata, sebagai jiran bersahabat, Laos dan Yunnan tentu boleh menjalin hubungan kerjasama yang baik. Kerajaan Laos mengalu-alukan lebih banyak perusahaan Yunnan melabur di Laos. Kami bukan sahaja berharap kerjasama antara satu sama lain mempunyai kualiti dan kuatiti yang tinggi, tetapi juga berharap kerajaan Provinsi Yunnan menyediakan dasar keutamaan kepada Laos, khususnya menetapkan 202 jenis komoditi bebas tarif.

Untuk seawal mungkin mencapai sasaran kedua-dua pihak meneroka pasaran dan menuju kemakmuran bersama-sama, Naib Perdana Menteri Bouasone Bouphavanh sangat memberikan tumpuan dan mempunyai harapan yang tinggi terhadap pembinaan Lebuh Raya Kunming-Bangkok. Beliau berkata, Laos akan menubuhkan banyak zon penerokaan industri dan zon penerokaan pertanian di tepi lebuh raya tersebut dalam wilayah Laos, dengan menggunakan sepenuhnya lebuh raya tersebut untuk menjana ekonomi. Kami juga berharap usahawan Yunnan melabur di kawasan di sekitar lebuh raya itu. Kerajaan Laos akan memudahkan proses visa, mengurangkan prosedur pentadbiran dan membatalkan sekatan untuk menyediakan kemudahan kepada usahawan dari Yunnan.

Akhirnya, Bouasone Bouphavanh mendedahkan, pada penghujung November tahun ini, kerajaan Laos sebagai tuan rumah akan mengundang negara anggota ASEAN menyertai "Sidang Kemuncak ASEAN" di Vientiane Laos, "Sidang Kemuncak ASEAN" tersebut dan sokongan kerajaan Provinsi Yunnan akan mendorong pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.

----Andika