Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-24 18:28:37    
Skuad Gimnastik China Ingin Teruskan Kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens

CRI

Sejak tahun 1970-an hingga sekarang, skuad gimnastik China sudah lebih 20 tahun sentiasa menduduki tempat teratas dalam sukan gimnastik dunia. Dalam Sukan Olimpik Athens yang akan diadakan tidak lama lagi, skuad gimnastik China telah menetapkan sasaran untuk meraih 3 pingat emas, sekarang, mereka sedang rajin berlatih untuk mencapai sasaran tersebut. Sejak atlet wanita China Ma Yanhong meraih pingat emas dalam acara palang tidak sekata Kejohanan Gimnastik Dunia ke-20 yang diadakan di A.S. pada tahun 1979, taraf gimnastik China dalam tempoh lebih 20 tahun sentiasa menduduki tempat teratas di dunia, China mempunyai ramai atlet gimnastik yang terhebat di dunia seperti Li Ning, Li Xiaoshuang, Mo Huilan dan lain-lain.

Ketua jurulatih skuad gimnastik China Huang Yubin baru-baru ini menyatakan, dalam Sukan Olimpik Athens tidak lama lagi, skuad gimnastik China akan berusaha untuk meraih pingat emas dalam acara berpasukan lelaki, dekatlon lelaki, palang selari lelaki, loncat kekuda lelaki, kekuda bertelinga lelaki, palang imbangan wanita dan palang tidak sekata wanita, dan bercita-cita meraih sekurang-kurang 2 hingga 3 pingat emas.

Persembahan yang bermutu tinggi dan berterusan merupakan dua keunggulan skuad China. Tetapi setelah Persatuan Gimnastik Antarabangsa meminda peraturan pertandingan, unsur kebetulan sudah lebih banyak, satu kesalahan yang kecil akan menjejaskan rekod seluruh skuad. Ketua skuad gimnastik lelaki China Huang Xu menyatakan, dalam Sukan Olimpik Athens, stabil adalah paling penting bagi skuad China, Beliau berkata,

"Kami sekarang sangat mementingkan kestabilan dalam latihan. Peraturan baru yang dikuat kuasakan pada tahun 2000 telah menjejaskan skuad China, dulu hanya skuad Rusia boleh bersaing dengan kami, tetapi sekarang skuad Jepun, A.S. dan Romania juga boleh mencabar skuad China. Tiada mana-mana pasukan boleh menang dengan seratus peratus. Pertandingan sukan sangat sengit, kesilapan salah seorang atlet akan menjejaskan rekod seluruh skuad. Kami akan menjaga kestabilan dalam sukan Olimpik kali ini."

Skuad lelaki China sentiasa paling hebat di dunia dan mempunyai ramai atlet yang unggul. Tetapi skuad wanita China masih kurang hebat berbanding skuad lelaki China. Tetapi mereka masih mempunyai daya saing untuk meraih pingat emas dalam acara palang imbangan dan palang tidak sekata sukan Olimpik. Berdasarkan beberapa pertandingan dalam negeri dan antarabangsa, taraf skuad gimnastik wanita sedang meningkatkan, mereka telah mencapai kemajuan dalam acara loncat kekuda dan senaman bebas, dua acara yang mereka lemah pada masa dahulu. Ketua jurulatih pasukan wanita China Lu Shanzhen menyatakan, walaupun taraf kepakaran atlet sudah ditingkatkan, tetapi kekurangannya ialah kurang stabil dan masih kurang pengalaman. Mengatasi kekurangan tersebut merupakan tugas yang utama pasukan gimnastik wanita. Beliau berkata,

"Sering melakukan kesilapan dalam pertandingan merupakan kelemahan pasukan wanita China, pengalaman kami masih kurang. Dua bulan akan datang kami akan menyertai sukan Olimpik, sekarang kami harus berlatih meningkatkan taraf itu."

Dalam Kejohanan Gimnastik Kebangsaan yang diadakan di Bandar Suzhou selatan China pada Mei lepas, atlet China telah menunjukkan kehebatannya selepas menjalani latihan pada musim sejuk tahun ini. Huang Xu sangat hebat dalam acara palang selari lelaki, Xiao Qin sangat hebat dalam acara kekuda bertelinga lelaki, Li Ya sangat berjaya dalam acara palang tidak sekata wanita dan Cheng Fei sangat hebat dalam acara palang imbangan dan senaman bebas wanita.

Selain taraf atlet muda ditingkatkan dengan cepat, atlet vetera tetap mempunyai taraf yang tinggi. Ketua jurulatih pasukan gimnastik China Huang Yubin menyatakan, masih terdapat beberapa masalah dalam pertandingan tersebut, misalnya, atlet mengalami kecederaan atau jumlah kesilapan lebih banyak. Khususnya kecederaan Li Xiaopeng dan Teng Haibin yang serius telah mencemaskan kami semua, kecederaan atlet dalam latihan atau pertandingan akan menjejaskan rekod seluruh pasukan.

Pasukan gimnastik China sekarang meumpukan perhatian untuk memastikan mereka tidak sakit dan tercedera. Huang Yubin berkata, "Sakit dan cedera merupakan cabaran yang paling besar kepada pasukan kami untuk mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kami telah menubuhkan kumpulan penyelidikan yang khas dan penyeliaan perubatan, mengawal kesihatan atlet".

Huang Yubin menyatakan, untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu dan cuaca, pasukan gimnastik akan pergi ke Perancis untuk mengadakan latihan, kemudian bertolak ke Athens.

----Andika