|
Dalam pertandingan bola tampar wanita Piala Dunia Ke-9 yang diadakan pada tahun lalu, Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China telah menjadi johan dengan pencapaian kesemua 11 kemenangan. Justeru orang awam berpendapat, pasukan China mungkin akan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens.
Pasukan bola tampar China merupakan pasukan yang paling berjaya di arena bola tampar dunia tahun 2003. Mereka telah menewaskan 11 pasukan termasuk Brazil, A.S. dan Kuba dan mencapai 11 kemenangan dalam pertandingan Piala Dunia Ke-9 pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Encik Xu Li, Ketua Pusat Pentadbiran Bola Tampar Jabatan Sukan Negara China berpendapat bahawa Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China menjadi johan Piala Dunia bukan bererti mereka pasti akan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik. Beliau menganggap, pasukan China tidak mempunyai kelebihan yang besar berbanding pasukan A.S., Rusia, Kuba dan Itali. Pelbagai negara mengambil berat terhadap pertandingan bola tampar Sukan Olimpik dan Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China menghadapi tekanan besar yang luar biasa. Encik Xu Li berkata,
"Pasukan China seharusnya membuat persiapan dari segi fizikal, rohani, teknik dan kooperasi. Mereka harus menyesuaikan keadaan rohani mereka ke tahap yang terbaik untuk menyertai pertandingan Sukan Olimpik."
Pada tahun ini, Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China telah membuat banyak persiapan. Mereka telah bertanding dengan pasukan Jepun, Kuba dan Poland, dan juga bertanding dengan satu pasukan bola tampar lelaki di China. Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China, Chen Zhonghe berpendapat, mereka bertanding dengan pasukan lelaki berfaedah bagi meningkatkan keupayaan para pemain untuk menghadapi pasukan Eropah dan Amerika yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, pemain utama dalam Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China, Zhao Ruirui kena cedera pada paha kanannya baru-baru ini dan sama ada beliau dapat menyertai pertandingan Sukan Olimpik belum dipastikan. Ketinggian Zhao Ruirui mencatat 1.97 meter dan kepantasan beliau tidak boleh dibandingkan. Kalau Zhao Ruirui tidak boleh menyertai pertandingan Sukan Olimpik, ini akan melemahkan kekuatan pasukan China.
Kini Chen Zhonghe berharap pemain Zhang Ping dapat menggantikan Zhao Ruirui. Tetapi keadaan Zhang Ping sekarang kurang memuaskan. Zhang Ping berkata,
"Saya dan Zhao Ruirui mempunyai ciri-ciri tersendiri. Saya bekerjasama dengan pemain lain kurang sempurna dan pengalaman saya kurang banyak."
Pada masa ini, Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China merancang untuk menyertai beberapa pertandingan untuk memeriksa keputusan latihan pada masa dahulu, di samping itu, menilai dan mengkaji kekuatan lawanan. Mereka akan menyertai pertandingan yang diadakan di Swizerland pada awal Jun dan bertanding dengan tujuh pasukan kuat yang lain. Pasukan China juga akan menyertai World Women Volleyball Grand Prix pada awal Julai.
Encik Chen Zhonghe berharap Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China dapat meningkatkan kekuatan mereka melalui pertandingan tersebut serta latihan dua bulan depan serta mengatasi masalah kini. Encik Chen Zhonghe berkata,
"Masalah sekarang adalah para pemain susah menyesuaikan diri dalam pertandingan. Kami menjalani latihan agar mereka memaksimunkan kelebihan masing-masing secepat mungkin dalam pertandingan."
Ketika menyentuh tentang medan pertandingan Sukan Olimpik Athens, Chen Zhonghe juga melahirkan kebimbangan bahawa pasukan China tidak pernah bertanding di stadium bola tampar di Athens, justeru mereka mesti menyesuaikan diri dengan keadaan stadium itu. Dari segi cuaca, Sukan Olimpik diadakan pada musim yang paling panas di negara itu dan para pemain akan menghadapi banyak cabaran.
----Wang Jin
|