|
Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Nanning, Wilayah Etnik Zhuang Guangxi China. Ekspo itu bukan sahaja menyediakan peluang kepada Guangxi, tetapi juga akan memberi manfaat kepada negara anggota ASEAN, asalkan kedua-dua pihak mendapat faedah bersama-sama, ekspo itu baru berjaya.
Profesor Gu Yuanxiang dari Suruhanjaya Keilmuan Akademi Sains Sosial China berpendapat, Guangxi terletak di pusat Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, lokasinya mempunyai keunggulan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pembangunan kemudahan lalu lintas yang pesat di Guangxi telah menyediakan syarat yang baik terhadap pertukaran Guangxi-ASEAN. Di samping itu, iklim Nanning hampir sama dengan negara anggota ASEAN, menganjurkan Ekspo China-ASEAN di Nanning bukan sahaja memudahkan kedatangan usahawan dari ASEAN, tetapi juga menyediakan ruang perdagangan yang lebih luas kepada mereka.
Profesor Gu Yuanxiang berpendapat, Ekspo China-ASEAN akan membawa dua hasil yang ketara,
Pertama, berbeza dengan ekspo yang biasa, Ekspo China-ASEAN kali ini telah menyediakan balai pameran pelbagai negara anggota ASEAN. Profesor Gu Yuanxiang berpendapat, penyediaan balai pameran pelbagai negara anggota ASEAN telah menyediakan peluang kepada negara-negara tersebut untuk menunjukkan imej mereka dan memperkenalkan sistem politik, ekonomi dan budaya negara masing-masing. Dengan adanya balai pameran tersebut, pelbagai negara boleh mendapat satu arena kerjasama untuk mengadakan pertukaran dan komunikasi. Malaysia dan Thailand sudah memohon memperluas gerai pameran mereka dari 72 meter kepada 150 meter. Ekspo kali ini boleh meningkatkan imej keseluruhan negara China dan ASEAN, meningkatkan daya penarik negara anggota ASEAN. Kerjasama itu boleh meningkatkan daya penarik pelaburan ke China dan ASEAN dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Ekspo itu boleh menjadi jendela kepada China dan ASEAN untuk menunjukkan daya penariknya kepada seluruh dunia.
Dan kedua, Ekspo China-ASEAN kali ini telah menyediakan gerai pameran pelaburan, pelancongan dan sains dan teknologi, ini bukan sahaja merupakan fokus dalam kerjasama perniagaan dan perdagangan China dan negara anggota ASEAN, tetapi juga merupakan fokus kepada seluruh dunia. Sekarang, jumlah surat permohonan untuk menyewa gerai sudah melebihi daripada jumlah gerai, ini membuktikan ekspo kali ini telah mendapat sambutan yang baik.
Profesor Gu Yuanxiang berkata, oleh sebab Ekspo China-ASEAN bukan sahaja telah menarik usahawan dari China dan 10 negara anggota ASEAN, tetapi juga terdapat usahawan dari A.S., Kanada, Jepun, Republik Korea, Hong Kong dan Taiwan. Untuk usahawan dari ASEAN, menyertai ekspo kali ini bukan sahaja boleh menjalin kerjasama dengan China, malah boleh menjalin kerjasama dengan negara lain di seluruh dunia dan menyediakan peluang perdagangan yang baik kepada negara anggota ASEAN, ekspo kali ini boleh menjadi iklan kepada perusahaan ASEAN.
Profesor Gu Yuanxiang berpendapat, Ekspo China-ASEAN telah menyediakan ruang perniagaan yang sangat luas kepada perusahaan seluruh dunia khususnya dari ASEAN. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, perdagangan antara China dan ASEAN berkembang pesat, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua pihak mencapai 70 bilion Dolar Amerika pada tahun 2003, pada suku tahun pertama tahun ini, jumlah perdagangan kedua-dua pihak melebihi 20 bilion Dolar Amerika dan dijangka mencapai 90 bilion Dolar Amerika dalam tahun ini. Penganjuran Ekspo China-ASEAN nescaya akan mendorong perkembangan perdagangan kedua-dua pihak. Melalui ekspo kali ini, ASEAN boleh menarik lebih banyak pelabur dan pelancong dari China. Provinsi Zhejiang sebagai contoh, pada tahun 2001, sudah terdapat 11 perusahaan swasta melabur di ASEAN, pada tahun 2002, jumlah itu sudah mencapai 20. Antara 12 perusahaan dari Bandar Wenzhou di ASEAN, 75% adalah perusahaan swasta. Dalam 10 perusahaan dari Bandar Taizhou di ASEAN, perusahaan swasta menempati 70%. Perusahaan swasta menjadi tonggak dalam pelaburan China di ASEAN dan menjadi keistimewaan dalam pertumbuhan ekonomi di Provinsi Zhejiang dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ekspo China-ASEAN kali ini juga telah menarik perhatian banyak perusahaan dari Zhejiang. Melalui ekspo kali ini, semakin hari semakin banyak perusahaan dari China akan melabur di ASEAN.
Profesor Gu Yuanxiang menegaskan, Ekspo China-ASEAN akan menunjukkan China dan negara anggota ASEAN dari pelbagai segi, ini menyebabkan struktur perdagangan dua hala kedua-dua pihak mengalami perubahan, saling melengkapi dan bekerjasama menjadi ciri yang ketara dalam ekspo kali ini, perdagangan yang mengutamakan industri pembuatan pada masa dahulu akan mengalami perubahan dari segi struktur, perdagangan perkhidmatan akan lebih dipentingkan. Sektor pelancongan, perkhidmatan perbankan, sektor pameran, logistik serta kontrak projek akan menjadi fokus dalam kerjasama China-ASEAN telah ekspo kali ini.
----Andika
|