Menurut Agensi Berita Xinhua, untuk melindungi sumber tanah pertanian dan menjamin keselamatan bahan makanan, provinsi Shandong terlebih dahulu telah menubuhkan sistem jaminan keluasan tanah pertanian di seluruh China, iaitu menjadikan 5.3 hektar tanah pertanian sebagai keluasan minimum.
Penduduk Shandong ramai, tanah pertanian sedikit, iaitu purata setiap orang mempunyai ladang tanaman 0.017 hektar. Sebagai provinsi pertanian dan provinsi yang mempunyai penduduk ramai, Shandong setiap tahun memerlukan bahan makanan sebanyak 40 bilion kilogram.
Menurut pengiraan tersebut, Shandong harus menjamin jumlah hasil pengeluaran bahan makanan mencatat 35 bilion kilogram dan keluasan penaburan benih bahan makanan harus mencatat 6.67 juta hektar. Oleh itu, seluas 5.3 juta hektar tanah pertanian dijadikan sebagai keluasan minimum adalah jaminan bagi keselamatan bahan makanan Shandong.
Untuk meningkatkan perlindungan tanah pertanian, kerajaan Provinsi Shandong telah menetapkan sistem perlindungan tanah pertanian yang ketat. Pada tahun lepas, Gabnor Provinsi Shandong dan datuk bandar pelbagai bandar di Shandong menandatangani surat perakuan Kerja Pengurusan Sumber Tanah Pertanian Negara. Dalam surat itu, perlindungan terhadap tanah pertanian, khususnya tanah pertanian asas dijadikan sebagai tugas utama dalam kerja pengurusan tanah pertanian bagi kerajaan pelbagai peringkat.
Keadaaan pelaksanaan system tersebut harus dilaporkan kepada jawatankuasa tetap kongres rakyat pringkat yang sama dan diperiksa pada masa yang ditetapkan.
Provinsi Shandong menetapkan bahawa selain pengangkutan, sumber tenaga, projek pengairan dan kemudahan ketenteraan yang ditetapkan oleh negara, pembinaan bangunan lain tidak dibenarkan menggunakan tanah pertanian. Penggunaan tanah pertanian harus diluluskan oleh Dewan Negara China.
|