|
Wartawan CRI melaporkan, dimaklumkan oleh pejabat Bank Dunia di China hari ini bahawa Majlis Eksekutif Bank Dunia sudah meluluskan pinjaman untuk projek pembinaan kereta api dan lebuh raya yang masing-masing bernilai 200 juta dolar Amerika di China.
Difahamkan bahawa pinjaman itu adalah untuk memperbaiki sistem komunikasi kereta api di sesetengah tempat, meningkatkan kelajuan kereta api serta membina lebuh raya dan memperbaiki jalan raya.
|