Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat China dan badan kewangan negara ini sangat mementingkan pemberian bantuan terhadap sektor pertanian dan telah mengambil siri langkah untuk memperbaiki perkhimatan kewangan serta meningkatkan peruntukan pinjaman kepada para petani bagi mengatasi kesukaran memohon pinjaman.
Pengerusi Suruhanjaya Kewangan dan ekonomi Kongres Rakyat Kebangsaan China, Fu Zhihuan semalam dalam sidang ke-10 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-10 China berkata, Bank Rakyat China telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan peruntukan terhadap badan kewangan di kawasan desa China seperti pinjaman semula.
Dari 1999 hingga 2003, pinjaman sebanyak 123.8 bilion Yuan Renminbi pinjaman semula telah diperuntukkan kepada syarikat kerjasama kredit di desa untuk menyokong pembiayaan pinjaman kepada kaum petani di bahagian tengah dan barat China serta kawasan pengeluar utama bahan makanan. Pada tahun 2004, kerajaan China menambahkan lagi 5 bilion Yuan Renminbi pinjaman semula untuk membiayai pinjaman penanaman pada musim bunga dari kawasan pengeluar bahan makanan utama China.
Fu Zhihuan berkata, syarikat kerjasama kredit desa negara ini yang bertujuan untuk berkhidmat kepada kaum petani dan pertubuhan ekonomi pertanian telah memainkan peranan yang semakin berkesan.
Pada hujung tahun 1996, baki pinjaman pertanian syarikat kerjasama kredit desa China berjumlah 148.7 bilion Yuan Renminbi. Sehingga hujung bulan Mac 2004, baki pinjaman syarikat itu telah mencapai 818 bilion Yuan Renminbi. Angka itu purata setiap tahun meningkat 79.9 bilion Yuan Renminbi.
Pelbagai bentuk pinjaman di syarikat kerjasama kredit desa telah mendapat sambutan dari kaum petani negara ini.
Beliau menambah, Bank Pertanian China menitikberatkan sokongan terhadap industrialisasi pertanian.
Sehingga hujung tahun 2003, baki pinjaman industrialisasi pertanian ialah 65.4 bilion Yuan Renminbi, antaranya 39.9 bilion Yuan dibiayai pada tahun yang sama.
Encik Fu Zhihuan berkata, Bank Pembangunan Pertanian China dengan sungguh-sungguh melaksanakan dasar pembelian dan penjualan bahan makanan dan kapas dan membuat kerja pembekalan dan pengurusan dana pembelian barang tersebut dengan baik.
Dalam tempoh tahun 1998 hingga 2003, bank itu telah membiayai pinjaman untuk membeli bahan makanan, kapas dan minyak makan sebanyak 918.7 bilion Yuan Renminbi dan sekali gus menyelesaikan masalah pembayaran hasil tanaman kepada kaum petani.
|