|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Han Qide semalam di Beijing menyatakan, China akan menggalakkan seluruh masyarakat menyertai tindakan antidadah dan AIDS.
Han Qide berkata, dadah dan AIDS bukan sahaja masalah kesihatan awam, tetapi juga masalah sosial yang serius.
Beliau menambah, selain membanteras penanaman dan pengedaran dadah serta merawati penagih dadah, China harus menjalankan pendidikan kepada semua rakyat agar menjauhi diri daripada dadah.
|