Wartawan CRI melaporkan, 26 Jun ialah Hari Antidadah Antarabangsa. Aktiviti pendidikan antidadah di seluruh negara China telah mencapai kemuncak.
Aktiviti itu termasuk pameran antidadah, perarakan antidadah rakyat, membanteras dadah dan menjalankan pendidikan antidadah di sekolah rendah dan menengah.
Dimaklumkan, penagih dadah yang didaftar di China mencapai 1.05 juta orang. Di samping mengadakan pendidikan antidadah dan membantu penagih dadah, pihak polis China juga menjalankan kerjasama antarabangsa untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membanteras dadah.
|