Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-25 16:46:07    
Forum Sumber Tenaga Asia Boao akan Diadakan di Tehran pada Julai

Agensi Berita Xinhua China
Seramai lebih 200 orang ahli kalangan sumber tenaga pelbagai negara Asia termasuk Ketua Pengurus Perbadanan Petrolum Laut China, Fu Chengyu akan berkumpul di Tehran, ibu negara Iran pada Julai tahun ini untuk membincangkan situasi sumber tenaga Asia, sumber tenaga dengan pembangunan secara berterusan dan kerjasama rantau.

Setiausaha Agung Forum Asia Boao, Long Yongtu dalam sidang akhar yang diadakan di Beijing pada 24 Jun berkata, Forum Sumber Tenaga Asia Boao yang dianjurkan bersama oleh Forum Asia Boao dan Kementerian Luar Iran akan diadakan di Teheran pada 17 hingga 19 Julai. Sejak Forum Asia Boao ditubuhkan, Forum ini merupakan sidang antarabangsa yang pertama diadakan di luar China, pihak China akan menghantar delegasi seramai lebih 50 orang yang diketuai oleh Fu Chengyu ke Iran.

Topik utama forum sumber tenaga adalah "kerjasama dan pembangunan sumber tenaga Asia". Seramai lebih 200 orang pegawai kanan kerajaan, pegawai pertubuhan rantau, pakar, sarjana dan usahawan akan menganalisis situasi sumber tenaga Asia, perkenalan ekonomi sumber tenaga dan suasana pelaburan Iran, sumber tenaga dengan pembangunan secara berterusan, kerjasama sumber tenaga dan persekitaran di rantau Asia.

Long Yongtu berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan ekonomi kawasan Asia pesat, permintaan pelbagai negara terhadap sumber tenaga terutamanya petrolum dan gas asli semakin bertambah, ini telah menimbulkan perhatian pelbagai negara terutamanya negara Asia. Dalam sidang menteri luar ke-3 Dialog Kerjasama Asia yang baru berakhir, menteri luar dari 22 buah negara Asia telah meluluskan Anjuran Qingdao, menyatakan keselamatan sumber tenaga merupakan masalah yang dihadapi bersama oleh masyarakat antarabangsa, cuma boleh diselesaikan melalui dialog dan kerjasama saling menguntungkan. Kerjasama sumber tenaga menjadi kompenen penting kerjasama rantau dan antarabangsa.

Long Yongtu percaya, Forum Sumber Tenaga Asia Boao akan berfaedah untuk mewujudkan sasaran yang ditetapkan dalam Anjuran Qingdao, meningkatkan pertukaran dan dialog pembekalan dan permintaan sumber tenaga negara Asia, menyelaras pendirian Asia ketika menggubal dasar sumber tenaga.

Menurut jangkaan, pada 30 tahun awal abad ke-21, permintaan Asia terhadap sumber tenaga akan bertambah 8-10%, pembekalan sumber tenaga yang selamat, mencukupi dan murah akan menjadi tenaga memangkin perkembangan ekonomi Asia secara berterusan.