Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-25 17:01:03    
Pembinaan Projek Empangan Tiga Gaung Menjana Ekonomi Bandar Chongqing.

CRI
Bandar Chongqing terletak di barat daya China, merupakan sebuah kota bersejarah lama dan kota industri. Chongqing disebut " bandar bukit" kerana ia dibina di lereng bukit di kawasan pedalaman Tiga Gaung Sungai Yangtze. Wartawan pernah membuat liputan ke Bandar Chongqing.

Sebaik saja tiba di Chongqing, wartawan telah menyaksikan kenderaan yang bertali arus di lebuh raya ekspres mengelilingi kota itu dan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Sungai Yangtze. Kelihatan sebuah demi sebuah bangunan tinggi yang moden tersergam di tebing sungai. Penduduk Chongqing berjumlah lebih 30 juta orang.

Pada tahun 2003, melalui pembinaan selama 10 tahun, projek Empangan Tiga Gaung mulai menakung air, menjana tenaga elektrik dan pintu laluan perkapalan mula beroperasi.

Penduduk Bandar Chongqing puan Zhang Zhongxue berkata, projek Tiga Gaung telah menyediakan peluang baru kepada penduduk Chongqing. Beliau berkata: " Sebelum Empangan Tiga Gaung dibina, laluan di sungai Tiga Gaung itu agak sempit. Kini, laluan di sungai itu telah dilebarkan, banyak kapal berlayar di Sungai Yangtze. Ini telah menyediakan peluang untuk mengembangkan industri pelancongan di Chongqing. Kaum petani di tebing sungai mengubahsuai perahu nelayan mereka menjadi kapal persiaran yang boleh membawa pelancong menikmati pemandangan alam di Tiga Gaung kecil dan Sungai Wu, ini telah menambah pendapatan mereka.

Selepas Empangan Tiga Gaung menakung air, pengangkutan perkapalan Chongqing mengalami perubahan. Naib ketua Pengarah Biro Pengurusan Perkapalan Pelabuhan Bandar Chongqing Encik Dou Yunsheng berkata: " Pengangkutan kargo di Chongqing berkembang dengan cepat. Jumlah pengangkutan bertambah berlipat kali ganda. Chongqing merupakan sebuah bandar bukit, untuk menghantar barang-barang ke tempat yang jauh, trak yang sarat dengan muatan bergerak ke kapal, kemudiannya diangkut ke pelabuhan Yichang, cara ini selamat dan kosnya rendah. Jumlah muatan kapal yang mengangkut barangan bertambah kepada 3 ribu tan daripada seribu tan. Selain itu, industri pelancongan di Chongqing akan berkembang melalui pengangkutan kapal penumpang. Kapal penumpang akan diubah suai menjadi lebih selesa.

Encik Dou Yunsheng menambah, pada tahun 2009, projek Tiga Gaung akan selesai dibina dan takungan air di empangan itu mencapai 175 meter dan empangan itu akan menjadi empangan sepanjang 600 kilometer dan lebarnya mencapai 2 ribu meter di lembah tersebut. Pada ketika itu, pengangkutan kargo dan penumpang lebih sibuk.

Untuk memenuhi keperluan perkapalan di Sungai Yangtze, kerajaan Bandar Chongqing dan pihak-pihak yang berkenaan juga melakukan banyak usaha untuk membina kemudahan pelabuhan. Naib Datuk Bandar Chongqing Wu Jianong berkata: " Selepas projek Empangan Tiga Gaung selesai dibina, pengangkutan perkapalan di Sungai Yangtze akan diperbaiki. Pada ketika itu, kapal-kapal yang beratnya 10 ribu tan boleh berlabuh di pelabuhan Chongqing dan jumlah pengangkutan kapal pada setiap tahun boleh mencapai 50 juta tan. Pembangunan pelabuhan diadakan secara besar-besaran di Chongqing sesuai dengan perkembangan pengangkutan perkapalan.

Difahamkan, Kerajaan Bandar Chongqing berusaha membangun Bandar Chongqing dan 2 buah pelabuhan utama di Wanzhou serta 5 buah pelabuhan penting yang lain. Selain itu, mempercepat pembinaan pelabuhan Kontena, arang batu dan bahan binaan.

Sebagai bandar industri di kawasan barat China, pembangunan ekonomi Chongqing berkembang dengan cepat dan taraf hidup rakyat juga meningkat, bekalan tenaga elektrik tidak cukup menampung keperluan. Pada tahun yang lalu, projek Tiga Gaung mulai membekalkan tenaga elektrik ke Bandar Chongqing. Pegawai Syarikat Tenaga Elektrik Chongqing Encik Wan Zhaiyang berkata : " Selepas stesen haidro elektrik Tiga Gaung beroperasi, stesen itu akan menjana kuasa elektrik sebanyak 770 juta kilowat jam ke Chongqing, ini akan memainkan peranan yang penting bagi memangkin ekonomi Chongqing. Jumlah tenaga elektrik dan pertumbuhan KDNK Chongqing meningkat dengan cepat, meningkat 1.7 kali ganda berbanding masa yang lalu. Kekurangan tenaga elektrik pada musim panas tahun yang lalu telah diatasi melalui bekalan elektrik Tiga Gaung.

Projek Tiga Gaung telah memangkin pembangunan ekonomi Chongqing dan menarik ramai pelabur asing melabur ke kawasan tersebut.

---- Wang Ling