China akan menggalakkan seluruh masyarakat menyertai tindakan pencegahan penagih dadah dan penyakit AIDS. Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Han Qide dalam seminar tentang antidadah China berkata,
"Perebakan dadah dan penyakit AIDS adalah masalah kesihatan awam dan juga merupakan masalah masyarakat yang penting. Terutamanya pada beberapa tahun yang lalu, menagih dadah dan perebakan penyakit AIDS semakin serius. Sekarang jumlah penagih dadah yang didaftar di China seramai lebih 1 juta orang, orang yang dijangkiti AIDS mencatat hampir 900 ribu orang. Antaranya 1/3 penagih dadah telah dijangkiti AIDS, ada tempat telah mencapai 60%. Manakala, antara orang yang dijangkiti AIDS, 70% adalah penagih dadah. Maka, antidadah dan mencegah penyakit AIDS mempunyai perhubungan yang tidak boleh dipisahkan di China."
Pada awal tahun 2004, kerajaan China telah menubuhkan Suruhanjaya mencegah Penyakit AIDS Negara serta menetapkan bulan Jun sebagai "bulan antidadah China" kerana 26 Jun adalah "Hari Anti Dadah Antarabangsa". Pada 10 Jun, Perdana Menteri China Wen Jiabao ketika meninjau pusat pemulihan dadah di kota Wuhan menyatakan bahawa bergantung kepada sains untuk mencegah penagih dadah, meningkatkan kerja penghapusan dadah.
Han Qide berkata, sekarang mesti menjalankan pendidikan pengetahuan sains tentang pencegahan penagihan dadah terhadap semua rakyat China teutamanya kanak-kanak dan pemuda.
"Projek Pendidikan Pengetahuan Sains Tentang Antidadah dan Pencegahan Penyakit AIDS" dilaksanakan pada 26 Jun tahun 2002. Mulai tahun 2003, projek itu dilaksanakan secara percubaan di provinsi Jiangsu dan telah mencapai kejayaan. Tindakan itu memperkenalkan pengetahuan asas tentang pencegahan dadah dan penyakit AIDS kepada kanak-kanak dan pemuda, membantu mereka mempunyai cara kehidupan yang sihat, meningkatkan kesedaran antidadah dan mencegah AIDS dan keupayaan penjagaan kesihatan sendiri.
Mulai Jun tahun 2002, mahasiswa China pergi ke desa ketika mereka bercuti untuk memperkenalkan pengetahuan tentang antidadah dan mencegah penyakit AIDS.
|