Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-27 18:08:09    
Persidangan Taman Geologi Dunia Diadakan di Beijing

CRI
Menurut berita CRI, Persidangan Taman Geologi Dunia pertama yang diselenggarakan oleh China hari ini dirasmikan di Beijing. Pegawai PBB dalam sidang perasmian tersebut telah mengumumkan senarai nama 25 taman geologi dunia, China merupakan negara yang mempunyai taman geologi yang paling banyak di dunia.

Menteri Tanah dan Sumber Alam China Sun Wensheng dalam sidang tersebut telah menyampaikan ucapan bahawa China mempunyai wilayah yang luas, geologinya sangat rumit dan mempunyai banyak warisan alam. Kerajaan China selamanya memerhatikan perlindungan warisan alam dan menggubal dan melaksanakan beberapa tindakan perlindungan.

Naib Ketua Pengarah UNESCO PBB Encik Erdelen menyatakan, untuk mendorong perlindungan warisan alam di merata dunia, UNESCO akan menetapkan 20 taman geologi di seluruh dunia setiap tahun, jumlahnya akan mencapai 500.